Cara Nak Daftar Sebagai Pengundi dan Tempat tempat Pendaftaran

Kenapa warganegara Malaysia yang belum lagi mendaftar untuk mengundi bolehlah berbuat demikian jika umur sudah mencukupi iaitu 21 tahun. Jangan lepaskan peluang untuk memilih siapakah yang layak memerintah dan mentadbir negara. Anda ada hak sebagai rakyat dan gunakan hak anda untuk memilih. Di mana nak daftar untuk mengundi, dan tempat tempat yang boleh anda mendaftar sebagai pengundi ni? Lihat di bawah ni penerangan dari pihak spr.

Syarat-syarat Layak Mendaftar
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Pusat-pusat Pendaftaran untuk mendaftar
(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

CARA UNTUK Mendaftar
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
Mendaftar di pejabat pos:

Bawa ic atau kad pengenalan anda.

Ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil, berikan kad pengenalan/Mykad anda. Pastikan kad pengenalan anda/Mykad dalam keadaan baik cip yang tidak rosak. Kerana cip yang rosak akan memberikan masalah. Tukar kad pengenalan yang baru di JPN jika ianya dah lama dan rosak.

Borang A akan diisi /key in terus dalam komputer. ( Pejabat Pos yang berkomputer yang terpilih sahaja). Proses mendaftar tidak sampai 10 minit.

 

Buat   SEMAKAN

BULAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH 1-30 JUN 2012
Semakan boleh dibuat melalui:
1)Talian 03-8885 6565 dan semua talian di Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
2) Semakan atas talian di Laman Web Rasmi SPR
3)Semakan SMS – SPR [jarak] SEMAK [jarak] NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888

atau ke laman web spr  http://www.spr.gov.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold