Buku Pekin Ibrahim Memoir Bukan Memoir Dirampas Jais Kerana Salah Faham

Pelakon Pekin Ibrahim terkejut apabila buku tulisannya Memoir Bukan Memoir dirampas Jais kerana didakwa mengandungi kandungan yang merosakkan akidan umat Islam. Rupanya buku Pekin tak ada yang menyalahi undang-undang cuma berlaku salah faham saja dan sudah diselesaikan.

bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.

“Insiden itu berlaku kerana salah faham. Jais membuat serbuan pada syarikat penerbitan itu kerana buku-buku lain dan bukannya buku saya. Secara kebetulan buku saya juga berada di sana, mereka rampas beberapa naskhah bagi tujuan siasatan.

“Saya berasa terkejut dan terkilan juga dengan apa yang berlaku kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik,”

 

 

sumber : mstar online

 

Macam -macam ye, tapi ni juga menjadi satu promosi secara tak langsung :) Buku Pekin setebal 136 halaman mengandungi unsur-unsur motivasi kepada golongan remaja untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian masing-masing.

Tak sangka Pekin ada bakat menulis buku. Pelakon Faizal Hussein pun ada buku juga yang bertajuk Limelight , buku mereka dilancarkan di majlis pelancaran yg dibuat di Galeri Annexe, Pasar Seni di sini, petang Sabtu.

Pekin pun sudah dikenali ramai berbanding dulu, orang mulai melihat bakat Pekin apabila dia berlakon dalam Bunohan berbanding dalam drama drama di tv dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold