Borang Daftar Pemilih Habis di Pejabat Pos

PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera mengatasi masalah kehabisan borang daftar pemilih baru sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung.

Ini kerana, PKR menerima pelbagai aduan daripada golongan muda yang bakal mengundi kali pertama yang mengatakan bahawa borang daftar pemilih baru di pejabat pos kawasan berhampiran mereka telah habis.

Perkara itu dinyatakan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada TV Selangor, baru-baru ini.

“SPR haruslah bertanggungjawab untuk memastikan amalan dan semangat demokrasi sentiasa subur dalam proses pilihan raya yang adil dan telus termasuklah memudahkan capaian rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih baru,” katanya.

Beliau berkata, matlamat SPR untuk meningkatkan kesedaran rakyat mendaftar sebagai pemilih menerusi kempen yang dijalankan juga tidak akan tercapai sekiranya mereka tidak mengatasi permasalahan kehabisan borang di pejabat pos.

Tambahnya, sekiranya SPR gagal melaksanakan perkasa asas tersebut, maka PKR tidak menolak kemungkinan bahawa SPR bersekongkol dengan kerajaan Umno-BN dalam memastikan kekalahan Pakatan Rakyat (Pakatan) semasa PRU-13.

“Kita mendesak supaya SPR menjalankan tugasnya dengan cekap bagi memastikan segala permasalahan dan kesukaran rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih baru dapat di atasi dengan segera,” ujarnya.

 

sumber selangorku.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold