Benarkah Video Sumpahan Wanita Jadi Batu di PALOH ?

Satu video dimuatnaik di laman you tube dengan tajuk Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH, dalam video tersebut ada suara lelaki yang mendakwa dia adalah seorang ‘wartawan’ dan menceritakan tentang kawasan terbabit dan bagaimana bentuk batu menyerupai seorang wanita didakwa disumpah. Tapi ramai yang memberi komenyang suara orang dalam video terbabit tidak menyakinkan ( tak macam wartawan pun) dan kualiti kamera juga tidak jelas serta kabur.

Cerita misteri mengenai batu itu, kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.

Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.  Dalam video tu kelihatan  bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.

Video ini tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada ia benar benar berlaku atau hanya dibuat buat suka suka oleh mereka yang teringin nak jadi wartawan Zainal Ariffin Ismail rancangan misteri ala ala misteri nusantara tu  atau nak jadi Karamkan kapal itu Karam Singh walia :)

Jadi janganlah kita mudah percaya dengan cerita ini, sekadar nak berkongsi saja.

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold