Bapa Mertua Jimmy Shanley: Jimmy Tak Layak Jadi Menantu

Kes perceraian antara pengacara Jimmy Shanley dan Suhaila masih lagi tidak selesai, kerana Jimmy tidak setuju dengan permohonan isterinya Suhaila Datuk Suhaimi yang ingin bercerai secara baik. Pasangan ini berkahwin pada Oktober 2010 dan setelah 3 minggu mereka mulai tinggal berasingan

Jimmy memfailkan permohonan kembali taat kepada Nursuhaila pada 31 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari tahun lalu.

Bapa kepada Suhaila iaitu Datuk Suhaimi sebelum ini berdiam kini tampil memberikan keyataan di media mengenai menantunya Jimmy Shanley, melalui laporan mynewshub my, bapa Suhaila mendakwa Jimmy tak layak menjadi menantu dan menyifatkan Jimmy sebagai dayus kerana tak mahu menghormati permintaan anaknya untuk bercerai cara baik. Jimmy juga dilihat suka mencanang cerita negatif mengenai anaknya di media.

“Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus,” kata Suhaimi.

Mengulas tentang tanggungjawab Jimmy dalam mengambil tahu tentang cucunya yang juga anak Jimmy, Suhaimi mengatakan Jimmy tidak pernah mengambil tahu serta tidak layak menjaga cucunya.

“Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia?

Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I,”

Suhaimi turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murah memandangkan dia adalah selebriti dengan mencanang kisah buruk rumah tangganya termasuklah isterinya.

Suhaimi sempat meninggalkan nasihat kepada Jimmy supaya redha menerima ketentuan Ilahi yang jodohnya dengan Nursuhaila sudah pun berakhir dan dia perlu untuk berjumpa dengan doktor pakar.

“Apa masalah dia ni? I tak tahulah dia ni macam mana. Nasihat I Jimmy kena percaya qada’ dan qadar jodoh dah tak ada. Pergilah berjumpa dengan doktor pakar,”

 

sumber : mynewshub.my

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold