Bapa Chong Wei Diselamatkan Dari Cubaan Terjun Jambatan

Bapa kepada pemain badminton nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan dari cubaan bunuh diri terjun jambatan Pulau Pinang di km2 awal pagi semalam. Lee Ah Chai, 59, yang juga mendakwa tidak dipedulikan oleh ahli keluarganya bertindak cuba terjun dari jambatan itu.

Gambar bapa Chong Wei

 

petikan berita harian metro,

 

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Ah Chai yang kelihatan tertekan ekoran kejadian itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk diambil keterangan sebelum dia dibebaskan pada sebelah petang.

 

warga emas ini mungkin sunyi, memerlukan kasih sayang anak-anak, melawat lah mereka sebelum terlewat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold