Azwan Ali Tak Mahu Peduli Adik Beradik

Azwan Ali mencetuskan kontroversi apabila dia menulis di twitternya berkenaan adiknya Ummi Hafilda sehingga disiasat oleh pihak polis kerana ada unsur unsur ugutan. Namun, tidak lama selepas itu, kedua-dua adik beradik ini tampil membuat sidang akhbar dan Azwan telah tampil memohon maaf kepada adiknya itu.

Rupanya hubungan adik beradik mereka masih lagi panas dan mei lalu Azwan bengang lagi dengan tindakan adiknya Ummi Hafilda yang dilihat cuba mengheret ibu mereka dalam kes menjatuhkan abangnya Azmin Ali.

Azwan Ali malas fikir pasal adik beradiknya

Ikuti penjelasan Azwan di laman web hiburan gua.com.my

“Saya hormat dengan soalan awak itu tapi saya tak akan cakap apa-apa lagi pasal Ummi Hafilda dan ahli keluarga yang lain. Komen saya akan terhenti sehingga akhir hayat saya. Saya anggap mereka tak wujud dah dalam hidup saya. Saya ada banyak lagi perkara nak difikirkan.

“Apa-apa berkenaan adik beradik, saya anggap dah tak wujud. Saya ada hidup saya sendiri, jadi saya tak peduli adik beradik ke, darah daging ke, itu bukan masalah saya lagi. Saya tak peduli kerana saya dah malas dah.

“Dengan Mak Tom saya okay, tapi apa-apa yang berkaitan adik-beradik, bagi saya hal ini tidak menguntungkan langsung dan kalau boleh tahun 2012 ini, saya nak all out dalam kerjaya saya. Saya bersyukur kerana sekarang saya disokong oleh insan-insan yang lebih mulia,”

sumber: gua.com.my

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold