Anzalna : Pendedahan Sepatutnya Off Record Mengenai Neelofa

Nasi sudah menjadi bubur, tapi takpa sebab artis Anzalna kata dia nak selesai cara baik, akan menjadi pengajaran buat artis lain nanti supaya berhati hati dalam membuat kenyataan. Ikuti apa kata wartawan Zubir mengenai kenyataan Anzalna yang tak mahu pendedahannya ditulis dan didedahkan pada semua.

Kata Anzalna,

Dia memberitahu tidak sangka cerita yang sepatutnya berdasarkan “off-record” tersebut telah ditulis oleh penulis ruangan gosip tersebut. Katanya, dia berpesa kepada penulis tersebut untuk tidak menulis hal tersebut, bagaimanapun sebaliknya telah berlaku.

Dalam kenyataannya juga, Anzalna berkata: “Saya tak sangka jadi begini. Tak perlu sampai saman menyaman. Ia boleh diselesaikan secara baik.”

 

Kata Zubir,

Zubir berkata dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman bahawa temu ramah bersama Anzalna berhubung krisis pelakon itu dengan aktres Neelofa tidak dilakukan secara paksaan oleh pihaknya seperti didakwa oleh aktres baru tersebut.

“Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan.

“Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami,”

 

Zubir berpendapat Anzalna enggan bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak berkecil hati atau marah kerana dia percaya tindakan aktres itu berpunca daripada fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.

Tidakkah dakwaan yang ditimbulkan Anzalna akan menjejaskan kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan?

Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan dakwaan artis kononnya saya tidak melaporkan fakta secara beretika. Dalam apa juga kontroversi artis yang berlaku, artis memang mudah alpa dengan apa yang mereka luahkan kepada wartawan. Apabila kes menjadi kronik, mereka menyalahkan wartawan pula.

Artis seperti Anzalna masih baru dan mungkin disebabkan oleh tekanan dihadapinya dia terlepas cakap kepada blog tersebut dan menuduh saya memaksa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Ia adalah proses pembelajaran untuk artis baru seperti Anzalna agar lebih berhati-hati dalam kenyataan yang dikeluarkan. Hakikatnya, hubungan saya dan dia tiada masalah kerana kami baru saja berhubung menerusi telefon.

Dakwaan itu tidak menjejaskan reputasi dan tidak menjadi kudis pun. Saya menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak melanggarnya. Semua perbualan bersama dirakamkan sebagai bukti.

Mengenai debat dengan Hans Isaac

Saya berasa pelik dengan tindakan Hans yang mengajak saya berdebat susulan krisis antara Neelofa dan Anzalna.

Walhal, saya hanya wartawan yang melaporkan perkara, bukan orang berkepentingan atau ahli politik. Saya hairan kenapa dia harus campur tangan sedangkan dia tiada kena-mengena dalam kes itu.

 

sumber :Yahoo entertainment dan mstar online

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Anzalna : Pendedahan Sepatutnya Off Record Mengenai Neelofa”

  1. mario says:

    rasanya wartawan mmg camni…citer2 sensasi mmg dorg suka…
    mario recently posted..Maafkan Aku-Afee Utopia 2012 (Lirik)

  2. hatiputera says:

    kena berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan terutamanya artis baru…
    hatiputera recently posted..Top Scorers Euro 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold