Angah Raja Lawak Bertudung Dalam Achaner Tu Johan

Semalam sempat jugak tengok rancangan baru komedi teraju utamanya Johan Raja Lawak dalam Achaner Tu Johan. Kalau dulu ada rancangan komedi Jozan gandingan Johan dan Zizan kali ni Johan seorang, tetapi bukan dia sorang saja beraksi buat lawak sorang atas pentas tu, tapi ada selebriti jemputan seperti Jepp sepahtu, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahira, Didie Alias, Angah Raja Lawak dan ramai lagi.

Masa iklan promo Achaner tu Johan ada juga ternampak Angah Raja Lawak dalam tu tapi Angah tampil dengan imej bertudung, tak pasti bila akan keluar episod yang ada Angah bertudung tu memang cute kan Angah bila bertudung. Apa akan dibebelkan oleh Angah dalam tu yang akan menjadi tetamu talk show Johan dalam Achaner tu Johan :)

mungkin ni gambar Angah untuk Achaner Tu Johan atau untuk rancangan lain…

nak tau bila Angah muncul? tunggu Achaner tu Johan setiap minggu ok..rancangan lawak ni telah disiarkan pada 7 Jun.

Semalam Jepp sepah jadi Chef Podah dan Amir im sorry tu jadi manager hotel..lawak lah jugak tapi lagi suka masa Johan jadi Ustaz in & out hehe tapi kejap je Johan tiru gaya Fazilah Kamsah tu kalau panjang sikit kan lg ok.

Jepp dalam ni suka gelak sendiri bila buat lawak.. tak payah gelak la bagi penonton je gelak dulu.. Amir pula lupa apa dia kena buat masa sketsa jadi gefren Johan tu..sampai Johan kena ingatkan dia buat apa lepas tu :) cute Amir jadi awek Johan .

Ada juga Johan jadi wartawan Karam Singh Walia..tp nama dia tukar jadi Karamkan kapal itu! hehehe lawak nya.. mungkin Johan sibuk dengan rancangan baru dia ni sebab tu Johan dah tak ada lagi dalam Edisi Khas di TV3 tu..memang terasa kureng je lawak dalam Edisi Khas bila Johan takda kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold