Tak sangka berita yang saya baca ini mengenai salah seorang dari blogger yang pernah saya masuk membaca blog dia beberapa hari lalu. Walaupun saya bukan lah remaja lagi, disebabkan saya tahu juga sikit pasal ‘boss’ saya , bapa kepada Yasmin, saya suka membaca blog anak ‘boss’ saya tu. Saya mencari juga namanya dan saya jumpa blognya pada tahun 2011, Yasmin Johan Eusoff Hunwick anak kepada Encik Johan Eusoff Abdullah, boss saya semasa di Langkawi dulu.

Bila dapat tahu nama Yasmin jadi trending di Twitter saya ingatkan kerana orang suka wajahnya yang comel dan namanya yang org putih, rupanya kerana berita tragis. Berulang kali saya sebut namanya sambil mengalir air mata ni..sebab saya tak percaya apa yang saya baca. Baru beberapa hari lalu saya ada masuk nak tgk apa Yasmin update di blognya.
Tajuk berita, 3 remaja maut dilanggar van di Langkawi keluar dalam akhbar, dan tak sangka salah seorang dari 3 remaja itu ialah Yasmin. Mengikut cerita di twitter Yasmin jatuh dari motor dan dilanggar dengan van.
Ralat: bukan dilanggar lari seperti yang saya dapat info di twitter. Boleh baca petikan berita di sini.
Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar ini. Arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.
Ada orang namanya disebut sebut semasa masih ada hayat, Yasmin namanya disebut sebut selepas dia tak ada lagi.. renungkanlah buku 7 malam pertama di alam kubur yang Yasmin kongsi di dalam twitternya..kerana semua yang masih hidup akan pasti kembali menemui penciptanya. Bersediakah kita?


Namanya antara trending topik di twitter


Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun

Dari FB ibu Yasmin: “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Takziah kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah buat Yasmin semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama
Lagi petikan berita di harian Metro
Artikel lain: Titipan ucapan dari ibu Yasmin Hunwcik buat semua

Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Blog Yasmin
http://misschronicz.blogspot.com/
Titipan ucapan dari ibu arwah Yasmin Hunwick
June 4th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Al fatihah buat Yasmin
dia sangat comel ..alfatihah kepada arwah
kopipanas recently posted..Muhyidin Yassin Cadang BR1M Kedua Diberikan Kepada Rakyat
kesian dia. alfatihah untuk Yasmin dan takziah buat familynya
Takziah buat family Yasmin J.
Ingatkan nama orang putih/barat, sebab tu tak ambil kisah masa trending kat Twitter.
Rupa-rupanya blogger Malaysia.
Sally Yatiey recently posted..Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida
arwah dilahirkan di Penang, tinggal dan sekolah di Langkawi
Takziah dan Al Fatihah.
comel sgt orgnya..
takziah buat family arwah..
alfatihah
masya Allah cantiknya beliau….. al fatihah… sayang nya mesti dia bijak dan pandai. ajal maut di tangan Allah, siapa lah kita mau menolaknya.
[...] Pagi ni online rupanya disebalik nama yang trending ni ada kisah tragis yang menimpa pemiliknya dan rakan-rakan setelah baca kisah sebenar di blog Nuriz.. [...]
takziah buat keluarga dan al-fatihah…
zie fauzi recently posted..Gambar Gerhana Bulan Separa
Takziah buat family & AlFatihah buah roh Yasmin. Amin3x
Admin. Mhn izin share. Tksh.
silakan
Allah lebih menyayanginya..al fatihah
takziah dan alfatihah buat arwah…
tp sy dpt berita yg sebenar2nya dr kenalan arwah sndiri, tp maaf takleh cerita lah.. personal kan.. yg sebenarnya bukan langgar lari
Ummi Hanie recently posted..Wordless Wednesday #39: Terung ada nama ALLAH
ya saya ada baca berita, smalam dpt info salah dr twitter , memang bukan langgar lari.
Takziah dan al fatihah,,semoga rohnya dicucuri rahmat
hatiputera recently posted..BERJAYA BUAT GOOGLE SNIPPETS
tak sempat aku nak belanja dia cendol..
titan recently posted..Komisen ke 55 dari Text Link Ads
Johan & Sazlina,
Redhakan pemergiannya….kerana DIA lebih menyayanginya…..semoga dicucuri rahmat ke atasnya…AMIN
kalau selalu masuk blog dia, x dinafikan la akan rasa kehilangan walau x penah jumpa…aku baru kenal dia dr entri ni…comel budaknya…tuhan lebih menyayanginya…
APAN recently posted..10 Pertemuan Menarik Antara Sungai-sungai Di Serata Dunia
shes my niece…al-fatihah..:(
al fatihah , pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian atau musibah yg berlaku
Inalillahhiwainahirojiun..Sebak saya bila dengar cerita ni,walaupun saya tak kenal dia tapi tak tau kenap..sedih sagat..moga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 beriman..Al-Fatihah
Tahziah buat keluarga arwah dan Al fatihah semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang baik
Salam Nuriz, ini mak arwah Yasmin. Saya baru boleh reply walaupun saya dah lama upload article ini di fb saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya berharap doa yg berpanjangan dari semua yg mengenali dan tidak dikenali. Semoga arwah tenang disana. Saya tiada blog, cuma ada fb, saya ingin mengenali Nuriz kerana Nuriz mengatakan pernah bekerja dgn ayah arwah. Nama saya di facebook, Sazlina Shahriman Shah.
Amin..
waalaikumslm, saya ada hantar mesej di facebook kak sazlina.
dia lebih bertuah..pergi cepat dan tidak mengumpul dosa seperti kita yang hidup lebih lama dari dia. Al fatihah…kehilangan seseorang memang menjadi kesedihan dalam keluarga tetapi kematian bukanlah sesuatu yang kejam tetapi pendeknya umur seseorang itu lebih berbahagia dari yang hidup lama tetapi melakukan perkara sia-sia. Arwah memang sangat cantik dan comel, semoga dia tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin…(aku pelik kerana berasa sebak sedangkan tak pernah kenal dengannya dan baru ini kenal blog Yasmin..perasaan ini memang aneh.) Membaca tulisan Yasmin buat aku terfikir dia di alam sana. Tiba-tiba aku berasa takut..takut dengan mati yang bila-bila masa saja boleh menjemput dan aku tak ada persediaan lansung!T_T
hud recently posted..Sang Pemimpi