Aksi Ranjang dan Ghairah Dalam Jiwa Taiko – Apa Komen Pelakon dan Pengarah?

Jiwa Taiko akan ditayangkan di pawagam pada 14 Jun 2012, sebelum ditayangkan pada umum, sudah ada cerita atau promosi secara tak langsung terhadap filem arahan Osman Ali ini apabila isu aksi ghairah dan ranjang dan babak bercium yang dikatakan banyak di dalam filem ini. Tak mungkin pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) melepaskan adegan cium betul betul, macam Ombak Rindu memang tak ada pun terang terang adegan tu, hanya teknik kamera yang digunakan.

Apa yang pasti filem ni tak sesuai ditonton dengan keluarga kerana banyak aksi aksi dan adegan yang panas, filem ni diklasifikasi untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Apa komen pengarah Osman Ali dan pelakn Bront Palarae dan Nadiya Nissa yang terlibat dalam babak aksi ranjang dan ghairah yang dikatakan tu. Banyakn adegan berbaur seks antara Pinto dan Lara , Firman dan Trisya , tetapi Osman Ali tak mahu filemnya dilihat dari sudut seks dan adegan ghairah semata-mata kerana pengarah   tidak membuat filem untuk menunjukkan adegan seks tetapi JIwa Taiko untuk memperlihatkan isu gangsterism di kalangan remaja, keruntuhan moral, dan persahabatan.

“Jiwa Taiko menyingkap kepincangan hidup remaja yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi ada penambahan agar nampak lebih beremosi dan dramatik. Mereka hidup bebas dan kebebasan itu menjurus kepada masalah dalam hidup dan risiko yang perlu mereka tanggung. Terjebak dengan gangsterism, dadah hingga hamil luar nikah, itu semua realiti yang berlaku dalam masyarakat kita di luar sana.

 

“Saya bahagikan kepada dua kumpulan di mana ada antara mereka pernah tersesat dan mahu kembali ke jalan benar tetapi masih tersasar apabila mereka tidak mengawal pergaulan. Manakala ada satu lagi kelompok yang terus sesat dan berasa megah dengan jalan yang mereka pilih.

“Melihat maklum balas pada malam tayangan untuk media ini, saya sudah dapat agak pasti isu seks akan diperbesar-besarkan seperti mana yang pernah berlaku dalam Ombak Rindu. “Ketika Ombak Rindu ditayangkan, saya tidak sangka ada yang akan pertikai adegan ranjang yang ada dalam filem itu. Ketika itu, saya terfikir bagaimana pula dengan penerimaan penonton terhadap Jiwa Taiko nanti sedangkan filem ini sudah siap pembikinannya.

 

“Tambah merisaukan saya apabila Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) mengklasifikasikan filem ini sebagai 18. Itu bermakna penonton filem ini agak terhad. “Sebenarnya, tidak ada aksi cium keterlaluan dalam filem ini tetapi apabila LPF ada melakukan pemotongan dalam beberapa babak, maka ia nampak teruk daripada paparan sebenar.

 

“Penonton akan fikir bahawa pelakon benar-benar bercium padahal sebenarnya ia teknik kamera. Untuk menjaga sensitiviti masyarakat, saya sudah buang 30 peratus daripada hasil asal dan apabila sampai ke LPF, ada potongan lagi kurang 10 peratus,”

Menjawab isu watak Firman lakonan Remy yang bertatu tetapi mengimamkan solat boleh mengundang kekeliruan serta pertikaian masyarakat

Osman berkata apa yang ditonjolkan itu bersebab dan dia sudah merujuk mereka yang arif sebelum penggambaran bermula.

 

“Saya ada bertanya kepada ustaz mengenai perkara ini. Saya jelaskan bagaimana sejarah hidup Firman yang mahu kembali ke landasan yang benar selepas lima tahun menjalani hukuman penjara. Tatu di badannya diwujudkan bagi menjelaskan sejarah hubungannya dengan Pinto (Bront) pernah menyertai dunia gangsterism selain menggambarkan hubungan rapat dua sahabat ini satu ketika dulu.

“Saya difahamkan tidak mengapa asalkan watak itu kembali ke jalan benar dan ada pendapat mengatakan tidak mengapa tatu itu dikekalkan jika membuangnya memudaratkan diri. Ustaz itu turut menjelaskan, kalau tiada orang lain yang boleh jadi imam maka orang yang bertatu itu boleh imamkan solat.

“Lagipun ada babak di mana Firman cuba membuang tatu di lengannya. Saya sengaja jadikan tatu satu persoalan kerana masyarakat sering memandang serong mereka yang bertatu biarpun sudah insaf dan berusaha keras kembali ke jalan benar. “Apapun, saya perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang. Saya sedar di mana saya berdiri dan tahu tidak boleh jadi seperti pembikin filem Hollywood, Perancis atau mana-mana negara barat lain. Saya harus ambil kira sensitiviti masyarakat,”

Komen Bront Palarae

Di dalam filem ni, Bront memengang watak Pinto, seorang taiko dunia gangsterisme yang menuntut janji dari sahabatnya Firman (lakonan Remy Ishak). Apabila tuntutan janji bertukar menjadi dendam yang membara, seluruh persahabatan bergelora. Pinto mengancam rakan-rakan Firman termasuklah Lara (lakonan Nadiya Nisaa) turut menjadi ‘mangsa’.

Bront meminta maaf awal awal kepada penonton

“Awal-awal lagi saya ingin meminta maaf jika babak lakonan kami itu menyentuh mana-mana pihak,”

“Saya dan Nadiya dah cakap pasal scene tu masa kami shoot untuk Ombak Rindu lagi. Macam saya, takper lah sebab single lagi. Nadiya, isteri orang. Kami ada tanya pada abang Osman, perlu ker adegan sebegitu. Tapi setelah dijelaskan, kami faham dan bersedia melakukan”,

“Macam-macam yang saya fikir ketika itu. Osman mahu saya potretkan Pinto sebagai samseng yang seksi. Untuk memenuhi tuntutan watak itu, saya kena naikkan berat badan. “Paling mencabar adalah babak di ruang tamu dan aksi panas bersama Lara (Nadia). Kekuatan untuk melakonkan babak itu saya perolehi apabila menganggapnya tanggungjawab sebagai pelakon dan kami hanya bersentuhan sekali saja kerana selebihnya adalah teknik kamera. Rasa gemuruh hilang perlahan-lahan kerana saya sudah menganggap Nadia seperti adik sendiri. “Bagaimanapun, apabila melihat hasilnya di layar lebar, saya kembali berdebar. Yelah, adegan panas itu nampak ‘real’ biarpun hakikatnya itulah adalah teknik kamera,”

Komen Nadiya Nissa

Nadia berdebar melakonkan babak panas dengan Bront dalam Jiwa Taiko

“Kecut perut juga bila tengok lakonan sendiri macam tu. Sebenarnya saya sendiri tak tahu semaksimum mana yang mampu saya beri dalam watak-watak yang saya mainkan. Sehinggalah saya lakukannya.

“Tak dinafi rasa bimbang juga kalau orang akan fikir yang bukan-bukan. Tapi saya tak mahu stress kan diri nak fikirkan hal ni. Apa yang penting, saya dah buat yang terbaik dan diharapkan mesej yang kami bawakan sampai kepada penonton”

“Penggambaran masa hujung 2010 dan awal 2011. Saya ada minta restu dari suami dan keluarga dulu sebelum tu. Lagi satu, saya takder masalah untuk lakonkan babak-babak itu sebab saya tahu saya berlakon dengan Bront. Sebelum ni pun kami pernah berkerjasama dan dia sangat profesional”,

“Masa lakonkan babak tu sebenar saya dan Bront banyak gelak. Bront banyak buat lawak. Lagipun masing-masing saling mengenali dan rasa geli pun ada sebenarnya”,

“Apabila menonton filem ini, saya rasa berdebar-debar. Suami saya turut hadir tetapi dia ada dalam panggung lain. Saya tidak risau dengan penerimaannya kerana dia faham kerja saya dan sudah lama mengenali Bront. Cuma, agak bimbang memikirkan bagaimana tanggapan penonton nanti. “Apapun saya pandang aksi panas itu sebagai sebahagian gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja. Saya berani melakonkannya kerana ia benar-benar berlaku dalam masyarakat kita dan berharap apa yang ditonjolkan dalam filem ini wajar dijadikan iktibar bersama,”

Nadiya melakonkan watak bernama Lara. Dalam filem ni Firman dan Pinto yang dulunya sama-sama menjadi penjenayah kecil, tetapi kini masing-masing memilih jalan hidup berbeza. Sementara itu, Lara yang kecewa kerana cintanya ditolak Firman, telah terjerumus dengan cinta Pinto yang akhirnya memakan diri sendiri.

Nadia tak mahu lakonkan aksi ghairah lagi

Nadiya tidak mahu lagi memegang peranan sebegitu. Baginya, setiap watak yang dipersembahkan adalah eksklusif.

“Cukup la sekali. Bukan sebab takut dilabelkan dengan title apa-apa. Tapi sebolehnya saya nak biarlah karakter lakonan saya tu ianya eksklusif. Apa yang penonton tengok Manis, cukup dalam Cun saja. Macam tu juga dengan Lara, cukup lah dalam Jiwa Taiko saja”.

 Komen Remy Ishak apabila LPF potong adegan dia dengan Diana Danielle yg bawa watak Trisya

“Saya memilih untuk berlakon dalam filem ini kerana seronok dengan jalan cerita serta perwatakannya dan bukan sebab babak pegang-pegang ini. Sebagai pelakon, kami bercerita, jadi benda ini harus dihidupkan. Saya tak mahu nanti di mana watak itu perlu buat, tapi kami tak boleh buat lantas ia jadi tak hidup.

“Mungkin orang akan pertikaikan, tapi saya tahu batas saya. Saya juga tak mahu benda-benda sebegini membataskan kerja-kerja saya. Saya juga tak nak perkara begini buat saya tak boleh berlakon serta kekok untuk menghidupkan watak saya,”

“Saya tak rasa benda ini agak keterlaluan. Saya ambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebagai pelakon, kami hanya berbicara tentang niat kami untuk bercerita. Bagi saya, tak ada istilah tentang aksi keterlaluan. Malah, masa shooting pun tak ada yang keterlaluan dan masing-masing profesional melakukan tugas.

“Bagi saya, apa yang penting ialah niat di mana niat kami di sini adalah untuk bagi nasihat dan memberitahu kepada masyarakat tentang masalah-masalah social yang berlaku sekarang. Saya tak rasa benda ini akan jadi satu isu. Saya harap penonton dapat ambil ia sebagai satu nasihat dan bukan satu perkara yang jijik.”

Trailer Jiwa Taiko

tagline Jiwa Taiko -Genggam bara sampai mati

Pelakon:

Remy Ishak -Firman

Bront Palarae- Pinto

Nadiyatul Nisaa- Lara

Diana Danielle – Trisya

Fizz Fairuz- Freez

Mislina Mustafa – Kak Pora

Beto Qushairy- Agos

Munif Isa – Elang

Sofi Jikan – Boss

Sinopsis

Jiwa Taiko Jiwa Taiko adalah merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan di antara mereka. Kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi.

Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur.

Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya.

Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya. Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto.

Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.

 

sumber : sinema Malaysia

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Aksi Ranjang dan Ghairah Dalam Jiwa Taiko – Apa Komen Pelakon dan Pengarah?”

  1. akubiomed says:

    Kalau cerita bagus tida perlukan sensasikan babak ranjang.
    akubiomed recently posted..Speedlight untuk kamera DSLR Canon

  2. annara says:

    Perlu ke semua tu?…orang melayu dah jauh tersasar dari landasan islam…dan semakin “melayu”…jangan terus-terusan “melayu”…xtakutkah dengan azab Allah?…dunia semakin hampir ke penghujung…ingatlah bahawa ade dunia yang abadi menanti kite,ade syurga dan neraka…ape yang kerajaan buat bile melayu semakin “layu”…jangan asiyik mengejar kuasa politik sehingga sanggup membiarkan perkara sebegini terjadi…saya minta pada kerajaan yang memerintah sekarang,tolong hentikan semua ini…saya dah xmau tengok filem dan drama melayu dipenuhi adegan ghairah,ganas dan tahyul….bagi saye,kalau paparkan adegan sebegini dalam drama dan filem dengan alasan sebagai pengajaran,itu xboleh jadi pengajaran…sebab remaja yang menontonnya akan semakin tertarik dengan cara hidup sedemikian…remaja sekarang dah xpandai nak beza yang mane baik dan buruk…dan pada artis yang beragama islam,jangan hanya menurutkan tuntutan skrip..Ingatkah tuntutan Allah lebih besar…itu yang wajib…dah penat dan benci…kalau ade lagi filem sebegini,saya berikrar akan memboikot habis-habisan drama dan filem melayu…xguna kite menyokong sesuatu yang merosakkan…

  3. syawal says:

    Kita melayu, kita Islam, buat la filem yang menggambarkan nilai melayu islam

    Kita asyik dedahkan… tak guna dedahkan apa apa untuk membaiki… dedahkan hanya macam mendedahkan masyarakat pada kuman… virus, semuanya akan terkena penyakit

    tapi biasa la, komen macam ni akan dilabel kita berfikiran sempit tertutup

    tapi… biarlah jadi resmi ikan laut… dilaut masin tetap masin, di air tawar takkan hidup…

    hidupkan cara hidup yang sepatutnya… bukan mendedahkan…ubati yang sakit bukan dedahkan penyakit pada yang sihat….

    Banyak saham pembuat filem ni untuk akhirat…. tahniah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold