Aiman Hakim Vanila Coklat Nafi Ada Kekasih

Nama Aiman Hakim Redza melonjak naik apabila drama bersiri Vanila Coklat mendapat sambutan. Ramai sangat yang suka Aiman Hakim dengan pasangannya Izara Aishah dalam cerita tu, tak kurang juga yang nak sangat kalau betol betol mereka menjadi pasangan bercinta di luar drama.

Ada gosip dan gambar Aiman Hakim dengan seorang wanita tersebar di blog blog hiburan lama dulu, kononnya wanita itu kekasih Aiman masa sekolah. Tetapi hero Vanila Coklat ni akhirnya menafikan dakwaan dan spekulasi berkenaan.

Wanita yang ada dalam gambar bersama Aiman yg nampak mesra itu hanya kawan saja. Aiman kalau boleh tidak berapa gemar apabila kisah peribadinya dikongsi dan dia lebih suka menumpukan pada bidang lakonannya

“Saya kalau boleh tidak mahu bercakap mengenai hal peribadi. Saya juga lebih selesa hanya menjawab perihal kerjaya.

“Saya tahu ramai yang sudah membuat spekulasi sendiri tetapi apa yang boleh saya katakan, dia hanyalah kawan saya.

“Kami memang sudah berkawan lama sejak dahulu lagi. Selebihnya tidak perlulah untuk saya mengulas lanjut mengenainya,

Aiman kini ada lagu baru berduet dengan Erni Zakri bertajukĀ  Khalimah Janji. Aiman yang akan memulakan penggambaran Vanila Coklat dalam versi filemĀ  tak lama lagi. Lagu Khalimah Janji akan menjadi lagu OST filem Vanila Coklat.

Nampaknya Aiman Hakim ni memang single lah ye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold