Aeril Zafril Berhijrah Selepas Mimpi Arwah Ibu

Aeril Zafril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari 24, berkata dia kini dalam porses membersihkan diri dan mengikuti kelas untuk mendalami ilmu agama. Penghijrahan ini dilakukakan oleh Aeril kerana dia sering bermimpi arwah ibunya datang dan menegur kesilapan yang dilakukannya.

“Sebelum ini saya sudah beberapa kali didatangi oleh arwah ibu saya dalam mimpi.

“Dalam mimpi itu, dia sering menegur kelakukan saya yang banyak membuat silap supaya tidak terus hanyut.

“Saya pun sedar jika saya tidak berubah dari sekarang, mungkin saya akan lebih tersasar jauh.

“Jadi kini saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendoakan yang terbaik buat arwah supaya kuburnya tidak akan gelap dan sempit.

“Namun penghijrahan saya bukan sahaja kerana mimpi itu tetapi kerana keinsfan diri saya yang mengenangkan atas kesilapan yang lalu,”

Aeril pelakon Cinta Kura-kura dan 7 Petala Cinta ini sudah 3 bulan mengikuti kelas agama di beberapa tempat pembelajaran agama di seluruh negara.

Aeril memberitahu filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang ialah filem terakhir dia menampakkan tubuh badannya , selepas ini dia tidak akan membuka baju lagi.

“Saya dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak akan membuka baju untuk ditayangkan kepada umum.

“Jadi saya membuat keputusan untuk tidak akan menaangkan badan saya lagi selepas ini,”

“Saya akui banyak lagi kesilapan yang perlu saya perbaiki dan ramai yang sudah mengenali siapa saya sebenarnya dahulu.

“Jadi saya tidak mahu nampak terlalu poyo apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.

“Biarlah ianya berlaku secara perlahan kerana saya juga perlu memenuhi beberapa tuntutan kerja sebagai seorang pelakon,

Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang ditayangkan pada 21 Jun lalu.

 

Alhamdulillah sudah ramai artis kita yang berhijrah sepeti artis wanita yang sudah bertudung litup seperti Diana Amir, Irma Hasmie, Farah Asyikin. Artis lelaki seperti Asyraf Muslim sudah lama memilih untuk berhijrah dan tidak lagi terlibat dalam bidang seni, dan kini Aeril Zafril pula.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Aeril Zafril Berhijrah Selepas Mimpi Arwah Ibu”

  1. yas says:

    Alhamdulillah….semoga terus tetap dgn pegangannya tu
    yas recently posted..Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold