Ada Apa dengan Aaron Aziz

Aaron Aziz, siapa tak kenal? hero paling popular, ramai yang setuju yang Aaron Aziz pelakon yang kacak, hensem, bergaya, macho ;) Dia berasal dari Singapura tetapi dia menempa nama di Malaysia lebih cemerlang, bermula dengan drama Sumaiyah diarahkan oleh Erma Fatima pada tahun 2004. Aktor kacak ini selalu menyebut nama Erma sebagai orang dan guru yang membawa dia ke Malaysia hinggalah dia popular sekarang.

Aaron mendapat  gelaran Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 hingga mencetuskan kontroversi apabila Zed Zaidi tidak berpuas hati dengan kemenangan Aaron kerana dia bukan warganegara Malaysia.

Sebagai pelakon dan artis dia tidak terlepas dari gosip dan pelagai cerita, masih ingatkah yang dulu kecoh tentang nama Aaron Aziz sebenar didakwa sebagai  Mat Haron Mustapha, hinggalah kepada cerita kuku jari Aaron yang tak kemas dan nampak buruk. Terbaru dia dikutuk kerana didakwa memuji Datuk Seri Hishammuddin Hussein di twitter kerana nak taraf penduduk tetap di Malaysia. Begitulah fenomena Aaron Aziz.. :)

 Asal usul nama Aaron Aziz

Dalam sebuah  majalah hiburan berbahasa Inggeris Lime terbitan bulan September 2002, Aaron Aziz ditemubual dan dia ada memberitahu nama sebenarnya ialah Aaron Mustapha Aziz dan nama komersilnya yang diguna hingga hari ini ialah Aaron Aziz. Ramai nak tahu benarkah namanya begitu.Kata Aaron dalam majalah tu, dia datang dari keluarga yang bercampur-campur atau rojak family. Arwah bapa dia ialah seorang Siamese Chinese, neneknaya dari Jepun manaka ibunya berasal dari Christmas Island keturunan orang Cocos.

Dia merupakan anak ketiga dalam adik berdik, lahir 23 Februari 1976,  masa kecil dia digelar harimau oleh arwah bapanya kerana cepat marah atau memberontak semasa kecil.

Pendidikan dan kerjaya Aaron Aziz

Setelah menamatkan pendidikan dia bekerja selama 9 tahun di dalam indusri FnB, dan mulai mencari bidang pekerjaan yang baru. Aaron menyertai Manhunt pada tahun 2000 dan memenangi gelaran Mr Charming and Mr Personality dengan ketinggian 179 cm, berat 70 kg.

Dari situ pengarah drama mula tertarik dengan dia dan menawarkan watak dalam drama War Diary, Heartlanders 3 yang disiarkan di Singapura. Drama lain ialah seperti Cinta Bollywood, Garisan Takdir, Dol & Minah Nak Kahwin. Filem yang dibintanginya di Malaysia seperti Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift2, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Dating Ghairah, KL Gangster dan Ombak Rindu.

Drama drama pulak memang banyak la di Malaysia tak larat nak sebut, tapi paling orang terkesan dan mencipta fenomena luar biasa ialah Nora Elena kan. Dalam bidang modeling dan iklan, Aaron diambil menjadi spokerperson untuk L’Oréal Paris Men Expert di Malaysia tahun 2008.

Dari model hingga menjadi pelakon dia juga terlibat dalam bidang pengarahan, mempunyai syarikat sendiri dgn nama Aaron Aziz Productions, yang banyak terlibat dalam pengarahan iklan di Singapura. Kekasih Awal dan Akhir ialah drama arahan pertamanya.

Gambar gambar Aaron Aziz di awal kemunculannya

kurusnya Aaron Aziz

Aaron jadi polis dalam Heartlanders 3

 

 

sumber: Sinema Malaysia dan wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Ada Apa dengan Aaron Aziz”

  1. reena says:

    kacak bergaya Aaron aziz..buat saya berdarah hidung uhuk uhuk..masih kacak walaupun umo 36 tahun

  2. shafiza haizi says:

    Aaron Aziz always d hati ku luv Aaron

  3. iAwani says:

    Aaron ada karisma menjadikan dia tampil berbeza.
    iAwani recently posted..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold