Aaron Aziz Sudah Dapat Taraf Penduduk Tetap

Dalam laporan akhbar Kosmo hari ini, pelakon Aaron Aziz sudah mendapat taraf penduduk tetap dan memegang kad MyPR sejak Jun 2012. Permohonan taraf penduduk tetap yang dipohon dia dan isteri sejak Ogos tahun lalu kini sudah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sebelum ini isu kerakyatan menjadi persoalan bagi Aaron Aziz apabila ada pihak mempertikaikan kemasukan pelakon dari Singapura itu yang giat berlakon di Malaysia adakah melalui saluran yang betul.

Aaron Aziz meluahkan dia rasa bersyukur kerana kini dia boleh bekerja dan menjadi sebahagian penduduk Malaysia. Pelakon itu dan siterinya Diyana Halik memohon taraf penduduk tetap pada Ogos tahun lalu. Isu pertikaian kerakyatan Aaron timbul setelah pelakon itu memenangi gelaran Bintang Paling Popular awal tahun ini.

 

Artiekl berkaitan

Gambar gambar lama Aaron Aziz dan asal usul nama Aaron Aziz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold