Zed Zaidi Cabar Imegresen dan PUSPAL Semak Permit Artis Luar

Zed Zaidi masih lagi belum tamat dan terus berjuang habis-habisan mempertahankan pendirian dan isu yang diketengahkan berkenaan artis luar yang perlu diberi pengawalan dan tidak mahu kemasukan artis luar tidak dikawal. Bagi Zed Zaidi, kemasukan artis luar (pelakon, penyanyi dan pengacara luar) sangat runcing atau dgn kata lain sangat serius. Zed Zaidi,pelakon drama Sembilu yang pernah bergandingan  dengan Hetty Sarlene(pelakon dari Singapura) ni mahu pengawalan oleh pihak berwajib seperti Imegresen dan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah PUSPAL membuat kerja mereka sebaiknya.

Malahan dengan lantang dan berani, Zed Zaidi mencabar pihak berkuasa seperti Imegresen dan PUSPAL memeriksa permit artis luar ini sama ada sah atau tidak, jenis mana pas yang mereka dapat, lepas tu sila tunjukkan passport mereka kepada Zed Zaidi. Dia juga menyifatkan kemasukan artis luar ni satu ancaman dan boleh dikatakan merompak hasil seni negara kita. Sebelum ni pelakon/ artis luar disifatkan oleh Zed sebagai tak ubah seperti pembantu rumah asing.

Lepas ni Imegresen sila laksanakan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh bakal YB Zed Zaidi kita ni ye. Bukan apa, Zed Zaidi nak pemantauan lebih ketat lagi dibuat oleh pihak kerajaan, kerana sangat serius sekarang ni artis luar yang masuk, nanti merompak habis harta seni negara, dan mengancam artis tempatan, begitulah kata Zed Zaidi.

Zed Zaidi dokong Wangi artis Indonesia, mereka pernah digandingkan dalam Impak Maksima-the Musical di Singapore

apa komen YB Zed Zaidi a.k.a pelakon drama Sembilu yang hot meletopps!!

“Saya nak tahu artis-artis luar ini bekerja di negara kita ikut undang-undang negara kita atau tidak. Saya nak tahu, kalau ada pas atau permit, mereka pakai pas dan permit apa. Saya juga nak tahu permit itu dari Kementerian Sumber dan Manusia atau Kementerian Perdagangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah PUSPAL. Saya nak mereka tengok passport artis luar ini, passport untuk pelawat atau bekerja.”

“Saya nak cabar PUSPAL, selaku agensi yang bertindak mengawal kemasukan artis-artis luar serta pihak Imigresen untuk memeriksa satu persatu artis-artis luar sama ada mereka ini menggunakan permit atau pas apa untuk bekerja di negara ini,”

“Kita cuma ikut apa yang Perdana Menteri (PM) cakap, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kita nak menuju ke negara maju, jadi kita kena meningkatkan pendapatan yang tinggi. Tapi, kalau ada ancaman-ancaman sebegini, macam mana kita nak pergi selari dengan kata-kata PM kita,”

“Saya bukan menyekat tapi ini pengawalan. Jika sebulan seorang artis luar itu dibayar RM100,000 untuk satu filem dan jika setiap bulan dia ada ‘shooting’, berapa anggaran gaji dia untuk setahun. Jika benda ini melibatkan 20 orang, tidakkah ia akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Bukan itu saja, artis luar dibayar dengan harga yang tinggi, tapi kenapa artis tempatan dibayar dengan ‘ciput’. Bagi saya, kita dianaktirikan di negara sendiri.

“Dek kerana kerendahan bayaran yang diterima, ia menjejaskan pendapatan dan tawaran artis Malaysia. Ancaman dari artis luar juga menjadi satu titik yang sangat perlu kita kawal supaya artis Malaysia dapat tawaran dan pendapatan yang tinggi di negara sendiri. Malah, artis luar ini bila kita mengangkat dan menyanjung mereka ke peringkat tinggi, ia akan bagi rujukan kepada artis luar yang lain untuk merompak lagi industri seni kita. Jadi artis kita nak makan apa di negara sendiri.”

“Saya mempertahankan benda ini sebab orang tak nampak, bukan saya mempertikaikan. Saya hanya ikut undang-undang, jadi jangan salahkan saya. Bagi saya, mereka yang masuk ke negara ini kena ikut prosedur yang betul, itu saja.

 

Wangi Julianda adalah bekas penyanyi The Fabulous Cat dulu. Zed Zaidi pernah memuji kecantikan pelakon dari seberang bernama Wangi (gambar atas), suara lunak, wajah cantik , dan dia bertuah kerana bergandingan dengan Wangi dalam Impak Maksima-The Musical, Oktober 2009.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Zed Zaidi Cabar Imegresen dan PUSPAL Semak Permit Artis Luar”

  1. APAN says:

    gila jawatan sngt dia ni kot…
    APAN recently posted..Review The Avengers: Kerjasama 6 Superhero Menyelamatkan Bumi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold