Video Tragedi Berdarah Drag Racing Himpunan Sejuta Belia 2012

Berlaku satu kemalangan yang membabitkan perlumbaan di malam sambutan himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya semalam, beberapa laman web/blog memaparkan video dan gambar di sekitar kemalangan tesebut.

Sekitar jam 12.30 hingga 2 pagi bermulahlah perlumbaan drag, beberapa buah kereta berjaya melakukan drag, tetapi selepas itu sebuah kereta Mitsubishi Lancer turbo bewarna kuning dipercayai terbabas kerana hilang kawalan, lalu melanggar penonton yang berada berhampiran jalan, dalam kejadian tu tiada yang maut tetapi 2 orang dipercayai cedera parah .

 

Kemaskini dari petikan Malaysiakini:

17 Orang cedera

Insiden itu menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.

Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.

Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.

Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.

“Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi.

“Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.

“Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton,”.

Lihat video kemalangan di racing drag himpunan Sejuta Belia di minit 5.29

dipercayai tiada langkah keselamatan untuk memisahkan penonton dengan kawasan perlumbaan dan hanya ada 1 ambulans di situ

 

Ceramah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan pada 26 Mei di PCC kerana menyambut Himpunan Sejuta Belia

Difahamkan ceramah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan kerana diadakan serentak dengan hari Himpunan Sejuta Belia iaitu pada 26 Mei 2012. Pada malam sambutan itu terdapat banyak acara hiburan contohnya International Jazz Permofance,KOnsert K-Pop, Teen Top  dan lain lain hiburan.

Jadual acara

 

Pada malam ni 27 hb beberapa artis tanahair akan membuat persembahan, segmen  Gegaran rock’s di mana kumpulan WINGS, SEARCH, MUH, AZLAN TYPE WRITER & KRISTAL akan membuat persembahan.

 

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek minta jangan politikkan kemalangan drag semalam.

“Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

“Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua-dua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu, manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. sumber– BERNAMA

 

Gambar belia berhimpun melihat konsert Gegaran rock yang dipersembahkan oleh artis seperti Wings, Search dan Kristal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Video Tragedi Berdarah Drag Racing Himpunan Sejuta Belia 2012”

  1. lekatlekitgurl says:

    memang la kemalangan boleh jadi kat mana2 & bila2 masa sebab tu langkah keselamatan perlu di ambil sebelum buat sesuatu.. Bukan mempolitikkan kemalangan tapi dah terang2 benda tu salah dr pihak yg menganjurkan & meluluskan juga sebab tak menitikberatkan faktor keselamatan semua pihak termasuk penonton.

  2. Concerned malaysian says:

    Kenapa nak cepat cepat kata ‘jangan mempolitikkan kejadian ini’, kenapa defensive sangat? Takut ditegur?

  3. leala says:

    Apakah impak Himpunan Sejuta Belia kepada para belia pun saya tak pasti. Namun yang jelas, acara hanya di hiasi dengan bersuka ria dan tiada pengisian rohani. Jikalau ada hanya pun hanya sebagai memenuhi syarat sahaja…Tidak keterlaluan saya katakan terasa rumah saya seperti berada di kawasan yang dipenuhi disko. Dum dam dum sana sini… dr pagi samapai larut malam.

    Kemalangan yang berlaku mungkin sudah ditakdirkan, mujur tiada kemalangan yang lebih teruk diturunkan olehNYA. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa kemalangan cepat sembuh… amin.

  4. titan says:

    nak wat camana..benda dah berlaku..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1

  5. shah amir says:

    Aku antara pengunjung tegar MUSC drag ni. nak ikutkan, thn lepas every month MUSC-KBS wat event kat tmpt yg sama tanpa mslh.
    Aku jugak saksi dlm mlm tu.. aku tgk statement saksi kat atas ni byk lari dr hal sebenar. Sejam sblm jadi kes ni, pengajur dah stop event selama sejam halau sume crowd yg dekat dgn track siap announce lg pakai pembesar suara. siap hntr bouncer lg halau crowd jauh dr trek. tp aku kesian dgn bouncer la, kene maki dgn crowd kat situ. tp ok la kan, crowd beredar dr situ. bila semua dah clear, penganjur jln kan drag balik. ms tu la jugak crowd yg kene halau tu rapat balik kat tmpt yg sama skit2. kalo ikut balik citer tu.. mslh dr siapa? kalo korang tgk video eksiden tu balik, nmpk sgt saksi rabun mlm.. situ bukan pasu bunga. deretan pokok penghadang jln. bleh nmpk tak ade pagar sepanjang trek. nape saksi kata kat tmpt drag takde langsung pagar keselamatan?

    Korang tuduh penganjur tak letak langkah keselamatan? korang tgk balik vdeo tu, dalm ms satu minit ambulan dah smpai tmpt kejadian. sbb ambulan mmg pangjur dah standby kat situ. terima kasi la pada kbs-musc sbb sediakan sume yg ad. upgrade sume langkah keselamatan stiap kali drag putrajay dr thn lepas smpai la sabtu lepas. kejadian ni pun kita takleh nak agak bleh jadi mcm ni. n satu lg terima kasih jugak la kat kbs-musc sbb bg platform pomen2/peserta yg br nak try drag ni sblm dioang up kene peringkat lg profesional lg. kalo takde drag ni, mmg xde peluang la anak2 melayu yg ad bakat dlm bidang ni nak tunjun n asah bakat. patut event ni diteruskan..

    so aku sbagai peminat harap sume org xpolitikkan bnd ni. sbb musc-kbs dah lame wat event ini sblm himpunan belia lg..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold