Video Bapa Selamatkan Anak Yang Jatuh Dari Kereta di China

Hari ini sambutan hari ibu, bukan cerita pasal ibu, tetapi nak cerita pasal bapa..yang sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan anaknya. Mungkin ada yang dah tengok video ni, seorang bapa yang berlari keluar dari kereta yang sedang bergerak untuk selamatkan anak perempuannya berusia 4 tahun di tengah kesesakan jalanraya.

Kejadian ni berlaku di Wenzhou, Zhejiang, budak 4 tahun tu secara tak sengaja telah membuka pintu kereta semasa cuba untuk bergerak dari belakang ke depan, dan bapa dia yang menyedari anak dia dah jatuh dari kereta, berlari keluar untuk selamatkan anaknya.

Nasib baik kereta belakang tak laju sebab baru je lepas lampu hijau kat traffic light tu, kereta pun bergerak masih lagi perlahan saja.

Kereta yang dipandu bapa budak tu terus bergerak sepanjang 10 meter dan berlanggar dengan pokok.

Video budak jatuh dari kereta di China

Keselamatan anak anak dalam kereta pun kena diawasi dan dijaga, kena lock pintu kereta kalau ada anak kecil, memang bahaya dan kejadian ni boleh berlaku kepada sesiapa pun. Bila kita leka biar anak duduk di belakang dan terlupa lock atau guna child lock pintu belakang kereta, boleh berlaku kemalangan macam ni.

 

p/s: Sempena Hari Ibu hari ini..saya ucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu di serata negara :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Video Bapa Selamatkan Anak Yang Jatuh Dari Kereta di China”

  1. akubiomed says:

    Ada menonton video ini semalam. Nasib baiklah anak tidak di lenyek oleh kenderaan yang berada di belakang.
    akubiomed recently posted..Tutorial kod trademark Fatin Liyana

  2. ProfHariz says:

    Banyak tersebar di facebook. Nasib baik kereta tak laju kan. Tapi mcm mana leh jatuh ?
    ProfHariz recently posted..Lirik Aku Ditipu Lagi Data

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold