Syamsul Yusof Malu Lakonkan Adegan Romantik Dengan Rita Rudaini

Rita Rudaini dan Syamsul Yusof adalah pelakon utama siri Ameera arahan Murali Abdullah. Jarang kita lihat Syamsul Yusof berlakon drama atau telemovie. Kemunculan Rita Rudaini di kaca tv selepas lama menyepi, memang saya suka lakonan Rita dan watak Ameera. Rita Rudaini memainkan watak yang lebih tegas dan tidak seperti selalu watak yang dia bawa seorang gadis lembut dan baik.

Dalam Ameera Rita Rudaini bukanlah jahat sangat tetapi dia bertukar menjadi wanita berani , tegas dan kasar kerana tekanan serta konflik dalam rumahtangganya. Syamsul Yusof pula, cara lakonannya tak ada beza, sebab masih nampak diri “Syamsul Yusof ” tu sendiri walaupun dia memegang watak Amir. Baik Syamsul jadi pengarah saja le, sebab hasil filem dia semua tau, memang meletopp :)

Dalam Ameera banyak watak romantis antara pelakon utama, mereka kena mesra macam suami isteri, tetapi nampak jelas Syamsul Yusof tak dapat nak menutup sifat dan perasaan malunya..hehehe, nampak ketara sangat dan pengarah drama ni biar aje macam tu. Mesti payah dah nak buang malu Syamsul Yusof ni apabila Rita Rudaini cuba nak goda dia.. *blushing*

Rita Rudaini akui Syamsul memang pemalu

“Ini adalah gandingan pertama Rita dengan Syamsul dan Rita sifatkan dia seorang yang pemalu. Kalau Rita tidak mulakan perbualan atau buat perangai gila-gila, Syamsul biasanya lebih suka menyendiri. Apabila babak romantis saja, Syamsul mula nampak jadi tak tentu arah dan kurang selesa.

“Tidak dinafikan agak sukar mewujudkan keserasian pada awalnya, namun bonus apabila kita berlakon dengan seseorang yang faham kerja mereka sebagai pelakon. Jadi dalam pada ada masalah, keserasian kita tetap boleh mengatasinya,”

 

 

Rita Rudaini main janggut Syamsul Yusof …hahaha!!..tak jeles ke Aidil oiii..masih lagi hot Rita ni

 

Sinopsis Ameera sini

 

Lagu OST ameera  Lirik-  Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian MOJO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Syamsul Yusof Malu Lakonkan Adegan Romantik Dengan Rita Rudaini”

  1. akubiomed says:

    Bukan sahaja Shamsul sahaja malu-malu, saya pun naik geli geleman kalau digoda. Ha..haa…
    akubiomed recently posted..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?

  2. Norizwan says:

    hot-hot la jugak…tapi bini orang tu…naik bulu roma bila digoda kah kah….
    Norizwan recently posted..Lelaki kacak VS Lelaki Tidak Kacak

  3. ayu gemuk says:

    haha laki dia pon da ada pompuan lain da..kat blakang rita..laki camtu tinggal pon xpew..xguna se senn pon.hooh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold