Sinopsis Dejavu di Kinabalu – Aqasha dan Tiz Zaqyah

Pada bulan jun ni akan muncul drama bersiri baru yang  diisi untuk slot Akasia, bertajuk Dejavu di Kinabalu. Lakonan Aqasha dan Tiz Zaqyah. Drama ni 26 episod, pernah saya baca sinopsis awal drama ni tetapi watak dan jalan cerita telah diubah dah. Paling terkini yang saya jumpa ialah sinopsis Dejavu di Kinabalu dah lain sikit dari awal dulu..pelakon utama masih Tiz dan Aqasha..

Sinopsis Dejavu di Kinabalu

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya.

Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya  hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya.

Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia.

Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah? Sama-samalah kita tunggu jawapannya yang akan terurai dalam drama 26 episod yang akan menemui para penonton pada 18 Jun 2012.

Tajuk Drama: Déjà vu Di Kinabalu
Siaran : Akasia TV3
Arahan : Erma Fatima
Lakonan: Aqasha, Tiz Zaqyah, Rebecca Nur Islam, Nazim Othman
Tarikh Siaran : 18 Jun 2012

 

Tiz Zaqyah dan Aqasha sebagai pasangan kekasih dalam Dejavu di Kinabalu

Aqasha bawa watak sebagai Ammar

Artikel lain : Tiz Zqayah jamming dengan Aqasah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold