Seindah Sakura Drama Yang Best

Selalu drama melayu mengangkat tema pasal cinta, berebut harta, cinta 3 segi, kisah korporat perniagaan , persaingan dengki khianat dalam perniagaan..itu je balik balik  pusing pusing, memang tak banyak tema kekeluargaan persahabatan dan kasih sayang yang lain sikit lah dari kisah cinta cinta..je. Siapa kata penonton tak suka cerita tema lain berbanding cerita cinta..tetapi jika diolah dan diubah jalan cerita penonton akan dapat menerima, contoh  kisah cinta mcm Ombak Rindu,  Nur Kasih,Tentang Dhia dan terbaru yang saya rasa lain dari drama drama melayu yang selalu kita tengok ialah Seindah Sakura.


Tema dan jalan cerita yang dibawakan dalam Seindah Sakura boleh dijadikan pengajaran.  Memang sangat jemu bila setiap kali di saluran mana pun asyik cerita drama yang sama je tema dia, balik balik cinta 3 segi, balik balik kisah seram , bomoh, hantu.  Jika lebih banyak pengarah drama buat cerita yang ada teladan  tetapi tidak membosankan pasti akan dapat sambutan juga.

Pemilihan pelakon seperti Mak Mah, Fasha Sandha dan Sherry Merlis , mereka memang antara pelakon yang hebat menjiwai watak. Sangat tersentuh melihat lakonan Mak Mah, beliau memang pelakon senior yg hebat dan sampai sekarang memang tak dapat dinafikan semua lakonan beliau terbaik.
Seindah Sakura pada saya sebuah drama yang baik diadapatasi juga dari novel yang baik,  jalan cerita tak macam drama melayu lain, banyak pengajaran yang bagus di dalam drama ni. Kisah budak miskin yang cekal, tabah menjaga moyangnya yang sakit. Teladan pada remaja kini, walaupun miskin tak menjadi penghalang untuk berjaya jika kita tekun dan usaha.

Pada pendapat saya lah, kalau novel novel cinta berlambak lambak di pasaran, kemudian diadaptasi pulak ke drama atau telemovie,  tak ada apa yang nak diangkat selain cerita cinta, orang orang muda remaja zaman sekarang hanya dilamun dengan rasa cinta dan khayal saja lah. Budaya kapel kapel berpasangan dah memang biasa kita tengok. Harap harap nanti lebih banyak drama melayu yang tak hanya menumpukan pada cerita 3 dan dunia korporat saja, nanti orang jemu nak tengok.

 

Sinopsis Seindah Sakura adaptasi dari novel tulisan Liza Zahira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Seindah Sakura Drama Yang Best”

  1. titan says:

    hoho..mak aku dah layan plak cite nih. aduhh..
    titan recently posted..Post Moterm – Himpunan Jutaan Belia 2012

  2. layannn… sebab nak dating ngan fahrin ahmad kat depan TV
    heheh
    Princess MOMOY recently posted..Lagi pencarian supplement dan sedikit update

  3. cikgu AM says:

    banyak yang tak logik dalam drama seindah sakura..realiti kehidupan tak mcm tu..watak cikgu airil langsung xmgambarkan watak seorng guru;(..lagi satu zmn skrng mane spm kena bayar yuran lagi;(..rasanye versi novel lagi best n dekat dgn pbaca…tq..haha

  4. khaz says:

    tak logk pun ada orang tengok

  5. Amir Haziq says:

    Assalamualaikum….cerita ni memang best gilee…. tpi ade satu je yg x kne pade cter ni….
    DI tujukan khas kepada pembuat skrip seindah sakura
    “jika kita tidak tahu HUKUM ALLAH rujuk lah kepada orang yang ARIF bukanya nak pandai-pandai jatuh hukum sendiri”Dosa-dosa….Fikir-fikirkan….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold