Samarinda Ameera – Rita Rudaini & Syamsul Yusof

Samarinda baru bertajuk Ameera akan datang 23 Mei ni arahan Murali Abdullah. Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, JAsmin Hamid, Faizal Hussein, Zarina Zainuddin, Maimon Talib, Khaty Azean, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali. Semua pelakon siri Ameera di hebat hebat belaka ye.

Dari promo ni Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri bernama Ameera yang tak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita bernama Ziela lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya  Amir (lakonan Syamsul Yusof) secara kontrak atas desakan ibu mertuanya yang nak kan cucu sangat. Lepas tu barulah wanita tu diceraikan  dengan upah RM360 ribu.

Ziela pulak adalah gadis kampung telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran diketuai oleh Jai (Faizal Hussein)

Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Ziela selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

 

Tentunya cerita ni banyak konflik konflik, berkisar tentang pengorbanan, penipuan, tamak haloba. Ada aksi lawan sikit, nampak Faizal Hussein bawa watak hitam gangster jadi bapak ayam dalam Ameera ni. Jasmin Hamid dan Sabrina Ali pun dah lama tak muncul di kaca tv. Syamsul Yusof sudah berlakon untuk drama pulak..bagus gitu :)

Artikel menarik: SYAMSUL YUSOF malu lakonkan adegan romantik dengan Rita Rudaini

Tengok promonya - Ameera (demi zuriat sebuah perjanjian termeterai)

 

 

 

 

Lagu OST Ameera – Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian MOJO

 

Lirik lagu Andai Ku Bercinta Lagi

Kini kau tiada

Senafas pun ku perlu mencuba

Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti

Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

Tunjukkan di mana ruang hati untuknya

yang masih kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka

Kau perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta

dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh

Rawan di hati meleraikan semangatku yang runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih

Berapa lama lagi harus ku merintih

 

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti

Tunjukkan di mana ruang hati untuknya

yang masih kau huni
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Samarinda Ameera – Rita Rudaini & Syamsul Yusof”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold