Perkahwinan Scha dan Awal Secara Live di Astro Ria & Awani

Setelah 3 tahun bercinta akhirnya malam ni 4 Mei pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari akan diijabkabulkan. Anda boleh melihat secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani 501 dalam rancangan khas Akad Nikah…Seia Sekata SchAwal.

4 Mei – Bermula jam 9 malam upacara akad nikah secara live menyiarkan kedua pengantin dinikahkan di Pullman Putrajaya Lakeside.

dihoskan oleh pengacara Sazzy Falak.

kemaskini – Malangnya, Astro Ria gagal menyiarkan secara langsung perkahwinan Scha Al Yahya , peminat dah marah marah kenapa tak ada pun secara live, mungkin pihak Astro mengalami masalah teknikal dan ditunda ke masa yang akan diberitahu kelak.

11 Mei- Pada jam 9malam- 10 malam disiarkan rancangan mengenai kisah kehidupan Scha dan Awal sejak kecil dan bagaimana mereka berkenalan dan bercinta. Perjalanan kerjaya mereka , lamaran dan merisik hinggalah ke gerbang perkahwinan.

18 Mei – Pada jam 9 – 10 malam disiarkan rancangan istimewa majlis persandingan Scha dan Awal

Liputan dan gambar akad nikah Awal Ashaari dan Scha

 

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) bersama pasangannya personaliti tv, Ahmad Awaluddin Ashaari, atau Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside, tepat jam 9:17 malam tadi dengan mas kahwin berjumlah RM2050 tunai.

Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 8:40 malam dengan upacara ceramah berkaitan rumah tangga yang diberikan oleh jurunikah. Scha Al-Yahya tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal Ashaari segak sekali mengenakan baju Melayu moden. Kedua-dua pasangan ini mengenakan rekaan Saiful Bahri.

HANTARAN kahwin Scha dan Awal

9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek.

Hantaran 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.

Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di New York mulai 8 – 18 Mei 2012 kerana Scha sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana. Scha dan Awal berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

sumber: ohbulan.com

 GAMBAR  SEKITAR  MAJLIS  MERENJIS  SCHA dan AWAL

Pendapat Awal Ashaari mengenai Scha ,

“Orang luar lihat Scha seorang yg kasar,namun pada mata saya,dia amat berbeza.Dia seorang yg penyayang dan  cukup romantik”

 

Gambar pelamin Scha Al Yahya

Gambar malam berinai Scha al Yahya

 

 

Artikel lain berkaitan:

Lagi gambar majlis persandingan Scha Al Yahya dan sesi merenjis

Gambar dan info pembikinan gambar pra perkahwinan Scha dan Awal

Video trailer kisah masa kecil Scha dan Awal

Scha dan Awal Pilih New York untuk Bulan Madu

Fahrin Ahmad harap Scha bahagia

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Perkahwinan Scha dan Awal Secara Live di Astro Ria & Awani”

  1. Nur Azizah says:

    saya nak tengok full video resepsi perkahwinan scha dan awal….
    video nikah saya dah ada…..saya nak sangat tengok full video tu…
    minat sangat dekat scha alyahya dan awal.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold