Penyanyi Nurul Wahab Nikah 6 Jun Dengan Jejaka Perancis

Penyanyi Nurul Wahab yang juga bekas isteri kepada komposer Ajai hari ini telah membuat pengumuman khas mengenai tarikh kahwin beliau dengan seorang jejaka dari Perancis.

Sempena sidang media  pelancaran album mini terbarunya di Dutches Place Ampang, Nurul memberitahu media yang dia akan berkahwin dengan Eric Daniel Depp, 47, dalam sebuah majlis pernikahan serba ringkas pada 6 Jun ini.

Nurul ditanya sama ada dia akan mengundang bekas suami ke majlis nikah tu nanti atau tidak, Nurul menjawab, tidak bercadang untuk mengundang bekas suaminya Ajai ke majlis bersejarah berkenaan. Ini kerana dia  sudah melupakan bayangan perkahwinan bersama komposer Ajai  lebih lima tahun lalu ddan ingin  meneruskan hidup baru.

Nurul dan Ajai bercerai pada tahun 2007 dan mereka ada seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah. Pasangan ini sangat serasi dan menjadi pasangan duet yang popular di era tahun 2000.

 

Cerita Nurul mengenai majlis nikahnya dengan Eric

“Dia telah melamar saya pada Februari 2011 di hadapan ibu-bapanya dan dia telah menyarungkan cincin pada Februari tahun ini.

“IsyaAllah sebuah majlis pernikahan yang hanya akan dihadiri 200 tetamu bakal diadakan di Dutchess Place pada 6 Jun ini, diikuti majlis resepsi sebelah keluarga pihak lelaki di Bali pada 14 Jun ini,”

 

“Saya tidak pernah meletakan sesiapa, bangsa atau warna kulit untuk mengahwini saya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan rakan saya yang memperkenalkan saya dengannya.

“Apa yang saya tahu, sudah lima tahun dia tinggal di Malaysia dan dia seorang yang sukakan agama, budaya dan terutama sekali Malaysia.

“Alhamdulillah selepas lima tahun hidup sendirian, saya akhirnya telah dipertemukan dengan Eric yang mempunyai ciri-ciri yang saya sukakan,”

Baju pengantin Nurul Wahab nanti akan ditaja oleh Rizman Ruzaini dan Bon Zainal selaku penaja pakaian pengantin, Zaha Wedding Planner (pelamin), Dutchess Place (lokasi pernikahan) dan Jakel sebagai penaja fabrik.

Eric Depp bakal suami Nurul Wahab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Penyanyi Nurul Wahab Nikah 6 Jun Dengan Jejaka Perancis”

  1. akubiomed says:

    Jauh jejaka pilihan Nurul ini.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Bulan penuh

  2. yas says:

    Wahhh….dapat mat salleh la nurulll…….abg perangcis laie…hehehe
    yas recently posted..APEK MENGAMUK kat DAVID TEO

  3. suri says:

    sekali ulang kulit putih ar…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold