Pengakuan Perakam Video Bayi Kena Dera-Saya Tak Subahat

Mengenai video bayi didera ibu kandung yang tersebar di laman facebook dan ramai terkejut dan mengecam wanita yang mendera bayi dan juga perakam video berkenaan. Harian metro telah menemui wanita perakam video untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal tersebut.

Kes yang berlaku pada tahun lepas kini mengejutkan lagi rakyat Malaysia. ikuti penjelasan perakam video , mengapa dia merakam video berkenaan

Bayi diselamatkan dan diberi rawatan- gambar lama

Wanita bernama Nor berusia 30-an menjelaskan dia bukan suka suka atau sengaja merakam tetapi menjadikan video itu sebagai bukti kerana tak mampu  nak menghalang wanita yang mendera bayi berkenaan.

Dia tidak tahu siapa yang menyebarkan video itu di you tube dan facebook.

Bayi tersebut sudah mendapat keluarga angkat dan tidak trauma seperti yang dihebohkan di laman facebook. Manakala ibunya sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.

Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.
“Berdasarkan laporan pegawai, bayi perempuan terbabit berusia setahun 10 bulan, selamat dan serasi dengan keluarga angkatnya.

“Malah, dia lebih ceria dan tidak trauma seperti khabar angin yang disebarkan individu melalui laman sosial, Facebook dan Twitter,” katanya.
Menurut Arfan, pihak media tidak dibenarkan mengatur pertemuan dengan mangsa dan perlu mematuhi peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601) bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak.
“Ketika ini, media tidak dibenarkan bertemu bayi berkenaan dan keluarga angkatnya juga enggan diganggu. Sekatan ini bagaimanapun hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak,” katanya.

Katanya, JKM turut meneliti secara serius isu penyebaran video penderaan bayi terbabit dalam YouTube dan Facebook, namun mendapati ia bukan kes baru.
“Saya tegaskan, sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

“Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes sedemikian, mereka diminta menghubungi Talian Nur di 15999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera,” katanya.

sumber : harian metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Pengakuan Perakam Video Bayi Kena Dera-Saya Tak Subahat”

  1. akubiomed says:

    Rasanya dengan merakamkan gambar video dan serahkan kepada pihak polis adalah jalan terbaik selepas usaha memujuk gagal. Masyarakat di luar sana mudah manjatuhkan hukum sebelum mengetahui fakta yang sebenar.
    akubiomed recently posted..Pengalaman menulis blog

  2. siakap masak stim says:

    saya ada kawan gaak slalu pukul anak dia tp suami dia kejam sgt, duit x pernah bagi,ic,lesen n hp ambik so nak kuar nak call family tak boleh,si suami slalu psiko dia..so dia stress…kat anak lar jadi tempat luah..

  3. titan says:

    emm..macam-macam kes sekarang ye..
    titan recently posted..Fanpage Bulu Ketiak Lelaki Kacak

  4. APAN says:

    mula2 pun aku x puas hati ngan tukang rakam video ni. boleh lak dia tahan tengok budak tu kena mcm tu. tpi lps tengok video kat atas ni, masuk akal apa yg dia luahkan tu. terima kasih kepada kakak tu…
    APAN recently posted..Review Safe: Lakonan Mantap Jason Statham

  5. ProfHariz says:

    Assalamualaikum kak.
    Pekabar? lama tak dengar khabar kak.
    Dah lama tak berkunjung ke sini.

    Mengenai perakam video ini rasaya mmg patot beliau rakam kalau tidak bagaimana nak buat laporan polis kan.
    ProfHariz recently posted..Lirik Aku Ditipu Lagi Data

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold