Pelakon Yatt Hamzah Nampak Wanita Tak Tutup Aurat Kena Bakar Api

Pelakon Yatt Hamzah 32, atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sudah berhijrah dengan penampilan bertudung litup menutup aurat dan Yatt kini menolak tawaran berlakon yang tidak sesuai. Pada 5 April Yatt mula bertudung setelah pulang dari usrah. Beliau ada kongsikan cerita bagaimana dia mulai berubah setelah menghadiri usrah. Ada lagi cerita mengenai perubahan Yatt yang boleh kita sama sama jadikan renungan.

Yatt merasakan dia sudah sampai masa untuk berubah dan selepas pulang dari usrah tersebut, Yatt telah menunaikan solat taubat. Cerita Yatt dalam sebuah akhbar tabloid Perdana, semasa dalam sujud sunat taubat itu , kepalanya Yatt melekat hampir setengah jam di sejadah. Pada masa itulah dia mulai nampak dengan jelas gambaran azab api neraka dan melihat wanita yang tidak menutup aurat  dibakar dan dipanggang dengan api.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”

“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”

Malam itu kata Yatt, dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

 

 

Ayu sungguh Yatt bertudung (cover majalah Wanita keluaran Mei 2012)

Yatt bertudung kerana takut azab Allah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pelakon Yatt Hamzah Nampak Wanita Tak Tutup Aurat Kena Bakar Api”

  1. akubiomed says:

    Harap perkongsian pengalaman Yatt ini menjadi iktibar untuk wanita diluar sana.
    akubiomed recently posted..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold