Pelakon Adi Putra Fail Permohonan Cerai Lepas Pulang Umrah

Pelakon Adi Putra yang baru saja pulang dari menunaikan umrah mengaku telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah Rendah Syariah KL pada 11 Mei. Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof, penerbit drama pada 11 Mei 2006.

Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Sememangnya baik Adi mahupun Aida bijak menyembunyikan resah yang bertandang di hadapan khalayak. Rezeki mereka untuk dikurniakan anak juga masih belum ada. Aida seperti yang kita sedia maklum sudah empat kali keguguran, namun mereka tetap tabah dan kasih sayang itu dikatakan masih berbunga.

Ironinya hubungan mereka kian hambar. Sudah menjadi adat dalam berumah tangga, ada pasang ada surutnya.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,”

“Ikutkan saya memang tak mahu berkongsi cerita ini lagi. Tapi saya sedar lambat laun ia pasti akan diperkatakan. Saya juga tak mampu membohongi diri apabila diajukan soalan apakah doa yang dipohon sepanjang di Makkah.
“Malah hingga saat ini, saya dapat tahu sudah ada pihak yang sudah mula menghidu,”

Saya sendiri belum mampu mengatur atau menjangka apa yang bakal terjadi tak lama lagi sekalipun apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Kami masing-masing, masih menjalankan tanggung jawab dan kewajipan sebagai suami isteri.

“Mungkin orang di luar pada dasarnya melihat kami bahagia. Tetapi apabila hubungan ini semakin meruncing, saya sendiri cuba mengambil langkah berjaga-jaga.

Kami cuba memulihkan keadaan tetapi saya boleh simpulkan hingga saat ini, peratusan lebih berat kepada perpisahan,”

Adi nafi orang ketiga

Dalam pada itu, Adi yang merupakan pelakon dari Singapura turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.

“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.

“Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang,” ujarnya.

 

p/s: nampaknya lepas ni Adi Putra jadi duda, Nora Danish dah tentu tentu janda kan..padan dah le tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold