Nora Danish Jawab Isu Mabuk di Kelab Malam

Gosip panas mengenai pelakon Tentang Dhia, Nora Danish nampak masih lagi tak berhenti henti sejak dia pulang dari tanah suci Mekah, semasa belum pulang dari umrah, isu dia bergambar seksi di dalam sebuah majalah mendapat kritikan ramai. Lepas tu kes pergolakan rumahtanggan pelakon Adi Putra pulak, Nora Danish dituduh telah menjadi orang ketiga tetapi Nora sudah menafikan hal tersebut.

Beberapa hari lepas terbit pula sekeping gambar di blog blog hiburan yang menunjukkan sekumpulan wanita dan lelaki terbaring di dalam sebuah kelab malam. Nora Danish dikatakan salah seorang wanita yang tengah mabuk itu. Nora Danish tampil lagi menafikan perkara itu.Mungkin pelanduk 2 serupa kot..

ini gambar yg dimaksudkan

Komen Nora Danish

“Tak cukup dengan isu gambar seksi saya di sebuah majalah, lepas tu timbul pula isu saya dikatakan orang ketiga pada punca Adi Putra dan isterinya hampir bercerai. Kemudian tentang gambar di kelab malam, itu semua fitnah!”,

“Saya memang ada dengar perkara itu tetapi saya tidak tengok lagi gambar tersebut. Sehinggalah di tunjukkan pada saya hari ini. Memang bukan saya. Ia tak masuk akal”,

“Itulah lepas satu, satu dugaan, kan. Sebenarnya sepanjang kat tanah suci Mekah hari tu, saya banyak berdoa dan hanya berserah pada Allah. Tak sangka bila balik macam-macam cerita yang timbul. Saya reda, cuma saya kasihan pada famili dan anak saya”,

“Dunia kami ni memang penuh dengan tomahan. Itu lumrah sebagai seorang anak seni seperti saya. Saya pun tak pernah potret diri saya ni baik seumpama malaikat. Saya juga tidak salahkan mereka yang mengata saya. Saya hanya manusia biasa. Dan dalam hidup ni saya memang perlukan negatif dan positif untuk saya sentiasa memperbaiki diri”,

 

Nora cuba untuk menjaga penampilan diri dan tidak mahu berpakaian seksi selepas pulang dari umrah, sejak kes gambar seksi dalam majalah glam dia sudah mula berhati-hati menjaga penampilan diri di khalayak.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold