Miera Liyana Kekok Berlakon Dengan Bekas Kekasih

Drama Harapan 13 episod akan ditayangkan di RTM lakonan Miera Liyana dan juga Sharizal Jaszle. Biarpun mereka adalah bekas pasangan kekasih, tetapi lakonan babak percintaan dan romantik terpaksa dilakukan mungkin kerana sudah tandatangani kontrak :). Miera Liyana mengaku dia kekok berlakon dengan Sharizal bekas kekasihnya tu selepas mereka putus cinta tetapi hanya pada hari pertama shooting saja.komen Miera Liyana

“Hari pertama shooting memang rasa janggal sangat. Sebab cerita ni pasal music & love. So ada babak gembira, sedih, romantik bagai kan… Jadi Miera rasa susah lah nak dapat chemistry tu. Walaupun sebelum ni (sebelum putus cinta), kami pernah berlakon bersama. Bukan tak profesional cuma hari pertama tu jer yang rasa lain giler”,

“Babak loving paling susah. Ada dialog yang kami lafazkan tu seperti ‘ada rasa’.Lagipun sebab cara dia cakap, cara dia marah, cara dia menangis, macam realiti apa yang pernah kami lalui dulu. Tambahan dengan babak candy light dinner lagi, macam yang kami pernah buat dulu. Itu yang buat saya rasa susah. Nak-nak ni pertama kali saya berlakon dengan dia lepas putus”,

“Bayangkan nak cakap each other pun susah. Tapi bila on screen jer kami terus adapt dengan karakter masing-masing. Dan bila pengarah cut, kami pun terus macam buat hal masing-masing. Dekat set pun, Miera tak rasa fun sangat lah. Yang kelakarnya tu kru produksi pun, diorang macam berbelah bagi gak. Misalnya Kalau diorang borak lebih-lebih dengan saya, nampak ketara Shahz buat hal dia sendiri kat sebelah sana. Sama jugalah sebaliknya”,

Miera Liyana sudah mengunci pintu hatinya untuk Sharizal Jaszle

Tak, Miera dah tutup, dah lock dah!

sumber dipetik dari Malaysiandidest.com

************************

 

Artikel menarik : Sharizal Jaszle Bahagia dengan Kekasih Baru Bernama Puteri

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold