Menteri Belia dan Sukan Minta Jangan Politikkan Kejadian Kemalangan Drag di Putrajaya

Tengah malam tadi kemalangan membabitkan sebuah kereta Mitsubishi Lancer telah mencederakan 17 orang di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 Putrajaya itu. 4 cedera parah, apabila  kereta itu  terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Video kemalangan drag di Putrajaya.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

 

Apa kata Menteri Belia dan Sukan,

Pihak kementerian akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut dan meminta pihak pihak lain jangan cuba untuk mempolitikkan kes kemalangan tersebut.

Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. “Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat,”

Setakat ini, dari segi perubatan akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pihak kami sedia untuk memberi apa jua bantuan kerana yang penting sekali adalah untuk mereka sembuh, jadi kalau ada kos tambahan dan sebagainya, kita akan berunding dengan pihak hospital,”

Apa kata keluarga mangsa

“Nak kata kecewa tu (memang) kecewa, tapi benda dah berlaku, nak buat macam mana, kuasa Allah. Cuma kita berdoa supaya dia cepat sembuh,” kata Nakim Bahari, 57, yang merupakan bapa Ami.

Nakim, seorang peneroka dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata beliau juga tidak akan menghalang anaknya meneruskan minat dalam bidang itu selepas ini, dan semuanya bergantung kepada yang empunya diri.

“Nanti kalau kita larang, mereka memberontak, lain jadinya, jadi bergantung pada diri sendirilah,” katanya.

Shaari Bujang, 59, bapa Muhammad Iskandar Rasiq pula berkata acara itu merupakan sukan kegemaran anaknya yang sanggup ke mana sahaja semata-mata untuk menjadi penonton.

“Saya menerima panggilan sekitar jam 1.30 pagi tadi (yang memaklumkan kejadian ini). Dia datang ke sini pun saya tak tahu. Memang tak dapat tidur dan resah memikirkan apa yang menimpa anak saya.

“Nak kata marah, tak bolehlah, sebab benda ini dah kesukaan dia. Benda ni pun berlaku bukan kehendak kita, dah takdir. Bukanlah nak mengatakan penganjur tu salah, yang menonton pun lebih kurang sama,”

sumber : BERNAMA

 

**************************

 

Mungkin wang boleh sembuhkan luka tapi wang tak boleh membeli nyawa..banyak lagi aktiviti lain yang anak anak makcik dan pakcik boleh sertai, kalau nak lumba baik ke litar lumba yang benar benar disediakan bukan di atas jalan raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Menteri Belia dan Sukan Minta Jangan Politikkan Kejadian Kemalangan Drag di Putrajaya”

  1. den says:

    Menteri dah takut le tu buat cara salah, dah terang terang eksiden berlaku. kenyataan orang defensive memang mcm ni, belum tegur dah takut

    menteri paling tak cerdik

  2. titan says:

    aku dah balik time ni..huhu..aku dah tegur. tapi diorang wat sardin aje..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1

  3. yop54 says:

    buat acara yang banyak maksiat dah tentu tak disukai Allah. Majlis ceramah Ustaz Azhar pun korang batalkan nah ambik lah balik korang nak suka suka sgt

  4. mokhsin says:

    Pak menteri bawa duit lah banyak banyak melawat pesakit.

    Ucapkan lah semangat buat anak anak muda ni ya, lain kali pegi lah berlumba lagi ..

    hilang nyawa takpe hilang di jalan yang lurus .

  5. tukkul70 says:

    Mak ayah redho plak, kami terima apa yg berlaku ish2!!!

  6. nornikmat says:

    salahkan penonton plak…sepatutnya penganjur la yg sediakan tempat yg sesuai dan memenuhi aspek keselamatan…

  7. zkarinian says:

    Mungkin itulah peringatan dari ALLAH kpd mereka yg menyokong hiburan k-pop dan sebagainya yg dikira sbg maksiat

  8. vbruu says:

    What a stupid explanation.stupid minister

  9. hamidah says:

    saman penganjur perhimpunan kerana gagal menjaga keselamatan rakyat yg hadir.

  10. boboisham says:

    keselamatan apa sume takde..mmg 100% kesalahan penganjur…menteri nak lari mana

  11. ralph mike says:

    Inilah acara paling bodoh dibuat untuk Himpunan Belia. Dah memang bahaya buat apa benarkan

  12. akubiomed says:

    Kalau ada nyawa yang melayang siapa akan bertanggungjawab. Adakah mereka ini akan dipanggil wira? Tolong jawab. :-(
    akubiomed recently posted..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?

  13. Norizwan says:

    kereta drag…pakai kereta lama punya…kereta buruk modified untuk drag nyer…tak pasal2 terbabas habis cedera semua yang tercedera….
    Norizwan recently posted..Laluan pejalan kaki lutsinar di kawasan gunung tinggi

  14. APAN says:

    erm…mana2 pihak yg anjur mcm ni pun mungkin akan jadi mende sama. mmg aku setuju kalau tidak dipolitikkan…cuma mmg jelas bagi aku, pihak penganjur x dpt memberi kawalan keselamatan kpd penonton. harapkan pkok bunga pagar je. mana boleh gitu…sebab ada bunga pagar tu la, dorang semakin rapat dan dekat. sebab x nampak. harap mereka cepat sembuh…
    APAN recently posted..Kelebihan Memiliki Bulu Dada

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold