Masterchef Selebriti Kecoh Dengan Azwan Ali

Rancangan realiti Masterchef di Astro sejak ditayangkan memang mendapat sambutan ramai. Saya satu keluarga memang minat sangat tengok rancangan ni, sekarang ada Masterchef Selebriti Malaysia pulak lagilah seronok tengok gelagat selebriti memasak. Semalam ujian penyingkiran dan Dr Faiz Khalid dah terkeluar, Dr Faiz dari kumpulan hijau, ahli lain seperti Raja Azmi, Azwan Ali dan Farouk terselamat. Hanya kerana sos yang dihidangkan sedikit masam membuatkan Dr Faiz disingkirkan.

Selebriti yang terpilih memasuki Masterchef ini mewakili persatuan dan badan kebajikan yang berlainan, mereka mengumpul sumbangan untuk persatuan yang diwakili. Biarpun Dr Faiz tersingkir awal tetapi dia telah membawa sumbangan dana sebanyak RM1000 untuk persatuan Yayasan Angkasawan Malaysia yang diwakilinya. Semua selebriti nampaknya bersemangat untuk menang dan mengumpul sebanyak mana dana untuk disumbangkan kepada badan yang diwakili mereka.

Masterchef Selebriti kecoh dengan Azwan Ali

Azwan Ali artis yang agak kontroversi di Malaysia ni, diva semalaya lah katakan, sapa pun janganlah cari pasal dengan Azwan ni, kalau cari pasal jugak memang kena lazer dengan Azwan…huhu

Jari Azwan terluka semalam sebab kena pisau tajam

 

Orang kata Azwan Ali ni kaki gaduh, dalam ni nampak azwan Ali ada bertekak sikit dengan Farouk, tak tau masalah apa, tapi nampak Faraouk tenang dan relek je, tapi yang lebih emosi si Azwan ni la..ish ish, kadang kadang kelakar pun ada..apalah agaknya artis artis lain dalam tu duk pikir ye.. kalau diorang kena satu kumpulan sekali denagn diva ni…jenuh la layan kerenah dia.

Masa diorang memasak di ladang burung unta  tu,  si Azwan Ali ni sibuk juga menyakat  kumpulan sebelah katanya Tomok tak basuh alatan memasak sampai bersih. Tomok basuh periuk pun di tolong cek bersih tak bersih..hai kelaka lah si Azwan ni. Nak sabotaj kumpulan sebelah ker??

Pakaian dia pakai tak tau lah apa dia..selendang mengalahkan pompuan, apa bulu bulu digantung di jari dia tu dengan kipas lagi…huhu memang semak lah tengok..sampai chef pun berlapis lapis nak komen hiasan masakan si azwan ni..semak macam tuan dia jugak heheheh!! jaga jaga chef….silap komen…kena lazer dengan Azwan Ali sebulan tak abis..

Semalam chef Zubir sampai keluar air mata punya gelak dengan masakan Azwan ali, tapi dia kata sedap juga walaupun tak jadi..hahaha..orang yang tengok semalam mesti gelak jugak kan..

ok jugak lah ada si Azwan ni dalam Masterchef kalau tak ada dia, tak meriah pulak, nak jugak tengok drama drama apa lagi yang Azwan ali buat dalam tu..kes gaduh…kes dapur azwan terbakar tu tak ada lagi kan…haaa tengok nanti apa si Azwan buat sampai dapur dia terbakar??..heheh!!

Selaku ketua kumpulansemalam, Si Azwan ali menangis beria-ia semalam apabila ditanya apa tujuan dia masuk masterchef selebriti dan dia rasa bersalah sebab Dr Faiz Tersingkir. Alahai Azwan Ali..

 

Masterchef Selebriti

Badan kebajikan yang diwakili oleh para selebriti Masterchef Malaysia:

Dr Faiz – Yayasan Angkasawan Malaysia

Jehan Miskin- Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan

Fazley Yacob – Yayasan Jantung Malaysia

Azwan Ali- Taman Sinar Harapan

Farouk Hussein – Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia

Karl Shafik – House Of Joy

Tomok – Women’s Aid Organization

Angah Raja Lawak – Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil

Raja Azmi – Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh

Soo Wincci – Kiwanis Down Syndrome Foundation

Juliza Adlizan – Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia

Thanuja- Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

Salamiah Hassan- Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur

Siti Sarah – Malaysian Association For The Blind

Louisa Chong – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan

Serina Redzuan – Malaysian Liver Foundation

 

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Masterchef Selebriti Kecoh Dengan Azwan Ali”

  1. nurmisnan says:

    biasalah tuh.. nama pun Azwan.. hik3.. siapa tak tahan
    dgn kerenah dia memang org ingat dia suka gaduh tp
    sebenarnya dia baik hati..
    nurmisnan recently posted..Kopi dengan kotak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold