Loji Gas Petronas di PAKA Meletup 1 Maut

Loji Pemprosesan Gas milik Petronas di Paka meletup kira-kira jam 3 petang tadi. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

- BERNAMA

Gambar : Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis

 

 

Berita berkaitan ialah mengenai kebocoran gas yang pernah berlaku di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, Kerteh pada 5 Aril 2012, seramai 24 orang pekerja kontraktor Hyundai PFCE dikejarkan ke hospital kerna terhidu gas ammonia.

Dipetik dari harian metro:

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.

Mangsa, Wan Mohd Yuzairi Wan Ismail, 28, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Lima lagi kakitangan terbabit iaitu Muhamad Sardjuni Abdullah, 48, Mohd Firdaus Mohd Ibrahim, 23, Mohd Zawawi Lokman, 27, Mohd Saiful Rizal Saidin, 25, dan Wan Mohd Shapawi Wan Ibrahim, 36, ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Shamsul Fitri berkata, ketika kejadian, dia bersama sekumpulan 50 pekerja melakukan kerja lebih masa memasang besi perancah untuk membaiki dan membaik pulih loji terbabit jam 8 malam.

“Ketika itu saya dengar amaran kebocoran gas melalui alat walkie-talkie daripada penyelia sebelum kami berlari ke pintu utama untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Paka, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, sebaik tiba di pintu pagar terbabit, suasana menjadi kelam-kabut selepas dia dan rakan mendapati pintu utama berkunci menyebabkan dia menjerit mengarahkan rakan lain mencari kunci.

“Gas busuk terbabit semakin kuat sehingga masuk dalam tekak dan tiga rakan pengsan. Keadaan itu menyebabkan saya menjerit supaya mereka segera mencari kunci pintu terbabit,” katanya.

Shamsul Fitri berkata, dia bersyukur apabila 15 minit selepas itu pintu pagar berjaya dibuka sebelum semua mereka keluar dari tapak kerja dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka oleh rakan yang berada di luar pintu pagar terbabit.

“Saya bersyukur kerana semua rakan yang terbabit kejadian itu selamat dan sekiranya kunci itu lambat ditemui sudah tentu kejadian lebih buruk berlaku kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, beliau bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mangsa sebaik menerima laporan yang berlaku ke atas pekerja terbabit. -

harian metro

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Roslan Mat Din berkata, pihaknya percaya kebocoran itu melibatkan gas ammonia berdasarkan ciri-cirinya yang berbau busuk namun pihaknya masih menyiasat kejadian ini.

Dalam pada itu, Pejabat Wilayah Petronas Pantai Timur Kertih dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kejadian pelepasan gas ammonia yang berlaku itu bukan disebabkan oleh mana-mana loji yang beroperasi di dalam Kompleks Industri Petroleum Petronas.

sumber :utusan malaysia

Katanya, ia dipercayai berlaku di kilang luar yang tidak berkaitan dengan Petronas. Bagaimanapun, pihaknya kesal apabila 23 pekerja kontraktor tersebut terjejas akibat kejadian itu.

Pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan kemalangan berulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Loji Gas Petronas di PAKA Meletup 1 Maut”

  1. akubiomed says:

    Jenuh Safety Officer hendak menjawab lebih-lebih lagi ada kes kematian.
    akubiomed recently posted..Pengalaman menulis blog

  2. titan says:

    aduh. meletup plakk..
    titan recently posted..Fanpage Bulu Ketiak Lelaki Kacak

  3. Al-Fatihah buat sahabat, Arwah Rosli
    selalu bergurau dengan momoy ketika sama-sama shutdown di GPP 56, PDH gebeng dan kerteh port bersama.
    ketika kejadian semalam, momoy juga buat kerja yang sama, under N2 environment tetapi di PPTSB (petronas penapisan terengganu sdn bhd) yang berada di depan GPP3 yang meletup tu
    terasa juga kehilangan sbb arwah baik hati dan suka borak dengan momoy
    mungkin juga sebab momoy sorang saja perempuan yang kerja di plant
    semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman
    Amin…
    Princess MOMOY recently posted..Beauty stuffs untuk bulan ini

  4. puanbee says:

    Astafirullah al azim …. suami bee selalu pergi kerja disana , nasib time ni dia kerja di kl , nauzubillah ..
    puanbee recently posted..Top Dan Hangat Di Bulan April 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold