Linda Rafar Trauma Terperangkap Dalam Lif

Linda Rafar bekas anggota Elite sekarang sudah trauma, bukan lagu Trauma tu..tapi Linda benar benar takut dan fobia nak naik lif. Bukan sebab dia gayat tetapi dia takut sebab dah terperangkap dalam lif hingga susah nak bernafas.

Cerita Linda bagaimana saat cemas dia di dalam lif

dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, dia dan anak ketiganya,Syed Rezzaqiib, 4, ingin turun ke aras bawah, selepas menghantar dua anak lelakinya iaitu Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain ‘bowling’.

“Selepas menghantar anak saya bermain ‘bowling’ di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur.

“Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas,”

 

“Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap ini berkata yang lif berkenaan memang sering bermasalah dan ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya.

“Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu,”

 

“Baru saya faham bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam lif. Bila kawan-kawan saya melalui pengalaman begitu sehingga rasa trauma untuk masuk lif, saya sering menganggap ia satu benda yang remeh.

“Namun, apabila saya merasainya sendiri, barulah saya faham, ia mampu membuatkan kita cemas dan tak tentu arah. Mujurlah ada beberapa orang lagi yang terperangkap, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir cara untuk menyelamatkan diri,”

Linda menasihatkan kepada semua supaya berwaspada dan pastikan tidak keseorangan apabila memasuki lif, agar tidak berasa panik sekiranya berlaku sebarang masalah.

 

Artikel menarik: Wajah Linda dan Diana Rafar Terkini

    Gambar anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Linda Rafar Trauma Terperangkap Dalam Lif”

  1. titan says:

    sabar ajelahh..lepas ni, guna tangga aje ye..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 1

  2. akubiomed says:

    Sepatutnya apa bila lif tersangkut, sistem pengudaran mesti berfungsi baik.
    akubiomed recently posted..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?

  3. Norizwan says:

    kalau dah trauma…letih ler naik tangga lak…kecuali kalo ada teman kawan2….
    Norizwan recently posted..Laluan pejalan kaki lutsinar di kawasan gunung tinggi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold