Kumpulan Pitahati & 3 Orang Anak M Nasir

Kumpulan Pitahati sebuah kumpulan Rock yang masih baru, mungkin tak berapa dikenali lagi, rupanya kumpulan Pitahati ni ditubuhkan oleh 3 orang anak M Nasir. Kumpulan ni bernaug di bawah Luncai Emas Sdn Bhd dan sudah menerbitkan album mini bertajuk  Bintang Biru Kristal Salju. Pitahati dianggotai oleh Ilham 26, sebagai vokalis, Yasin 24, pemain drum dan Hidayat 20, pemain gitar.

Dua orang lagi rakan mereka ialah Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, pemain gitar.

Pitahati mahu berada dalam kumpulan dunia muzik mereka sendiri dan tidak mahu dikaitkan dengan bapa mereka atau bukan meneruskan corak muzik M Nasir.

Semasa ditemubual pihak media, mereka membahasakan nama bapa mereka sebagai Datuk M Nasir dan tidak menyebut sebagai bapa atau ayah.

apa komen Ilham anak sulung M Nasir apabila muzik mereka ada kedengaran seperti muzik ciptaan M Nasir..

“Mungkin ia disebabkan kita dari rantau yang sama, jadi bunyi Nusantara itu tidak dapat dielakkan.

Tidak dinafikan, sokongan Datuk M Nasir itu memang ada, tapi untuk bergerak di arus perdana ini kami berusaha dan berdiri atas azam sendiri,”

 

Petikan dari Berita Harian

Berpeluang melihat persembahan gig pertama Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni, baru-baru ini, tidak dinafikan naskhah yang dibawakan lima pemuzik kreatif ini kedengaran agak berbeza daripada kumpulan sedia ada.

Persembahan mereka turut disaksikan oleh M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa. Ilham, Yasin dan Hidayat adalah anak perkahwinan M Nasir dengan Allahyarham Junainah Johari. Dalam setiap mempersembahkan setiap lagu dalam album Pitahati, diperhati dengan teliti dan ada perasaan puas pada wajah M Nasir yang tentu bangga tiga anaknya mewarisi darah seninya.

Persembahan itu juga bertujuan memperkenalkan mereka kepada dunia muzik arus perdana sekali gus memperdengarkan dengan lebih luas muzik avant-garde rock eksperimental yang belum pernah wujud dalam industri hiburan tempatan. Keunikan Pitahati juga dapat dilihat dalam pende-katan persembahan yang dinamakan sempena single pertama iaitu Bintang Biru Kristal Salju.

Antara lagu yang disampaikan ialah Hati-Hati Ahmad! Olivia, Dengarlah Jika Kau Ingin, Revolusioner: Jilid 1, dan Bintang Biru Kristal Salju. Lagu single, Bintang Biru Kristal Salju sedang diterima baik di arena muzik indie, malah kini dimainkan di stesen radio tempatan dan Singapura.

 

Video persembahan Pitahati lagu Bintang Biru Kristal salju

Ilham selaku vokalis, pemain piano dan gitar. Yasin ( dram, perkusi dan synth) dan Masrin(bass dan efek bunyi) serta Hidayat(gitar dan synth).

Pitahati bermula apabila Ilham dan Yasin (yang merupakan pemain asal) bergabung dengan Zahar dan Masrin yang pada asalnya band Ilustrasi dan kemudian telah dilengkapkan oleh Hidayat. Lantas perjuangan mereka pun dimulakan.

 

http://www.facebook.com/pitahati

Iham

Ilham M Nasir

Yasin

Yasin M Nasir

Hidayat

Hidayat M Nasir

Berbakat semua anak anak M Nasir ni..di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Kumpulan Pitahati & 3 Orang Anak M Nasir”

  1. Norizwan says:

    kali pertama melihat anak m.nasir huhuh….hebat-hebat yer…:)
    Norizwan recently posted..Ulat beluncas paling bahaya di dunia

  2. akubiomed says:

    Sudah bujang anak Datuk M.Nasir. Betul bro, ‘di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Kerumun

  3. ohcikgu says:

    wah, anak-anak m.nasir..
    ohcikgu recently posted..Mengapa masih ada pelajar SPM yang masih GAGAL?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold