Khairy Jamaludin: Jual Kway Teow Depan Rumah PM

Bebarapa hari lepas ada senaman punggung oleh pesara tentera( bukan mewakili semua pesara ni..segelintir saja) dan lepas tu ada pula orang membuka gerai jual burger di depan rumah Ambiga. Semua ni sebab nak tunjuk protes membantah Bersih 3.0. Senaman punggung mendapat kritikan hebat dan ramai berpendapat iainya tidak mencerminkan budaya dan tidak kena caranya, sedangkan banyak cara lain boleh meunjukkan protes dan ketidakpuasan hati.

Hari iniĀ Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan perasaan tidak senang dengan cara protes yang tidak kena caranya dan hanya jadi bahan gelak seluruh dunia. Dalam nada sindiran Khairy berkata tak mustahil nanti akan ada idea untuk jual macam macam di depan kediaman PM dan ketua polis negara.

Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

“Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

“Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

“Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia… Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Ambiga dapat burger percuma

Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala LumpurĀ  itu ‘menerjah’ rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.

Selepas masak, mereka ‘menghadiahkan’ satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.

sumber Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Khairy Jamaludin: Jual Kway Teow Depan Rumah PM”

  1. yas says:

    marah betul geng2 peniaga tu kt Ambiga….hehehe
    yas recently posted..[GAMBAR] YATT HAMZAH -Imej Baru Yang Ayu

  2. Rizz says:

    nanti semua org berniaga depan rumah..jadi pasar malam setiap kawasan,
    Rizz recently posted..Abah, kat mana bapa pejabat??

  3. akubiomed says:

    Macam-macamlah sekarang ini. Macam mana nanti apabila musim berkempen pilihan raya nanti?

  4. titan says:

    hoho..macam-macam sekarang ye. meh jual beger depan rumah aku. leh aku beli hari-hari..
    titan recently posted..Komisen ke 5 dari TipsPTD.com

  5. APAN says:

    dalam isu ni, aku setuju ngan pendapat si kahiry tuh. entah pape…matang la sikit. aku yg budak ni pun nak terpikir apa yg mereka buat ni BODOH. dpt pe bukak kedai sejam je….kretif la sket kalau nak menang undi. pe da…
    APAN recently posted..Gambar Kemalangan Mitsubishi Lancer Di LPT Dan Bayi Yang Terselamat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold