Ibu Sokong Aidil Zafuan Berbaik Semula Dengan Rita Rudaini

Kemelut rumahtangga pelakon Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kini masih lagi diperkatakan dan kes pasangan ini dibicarakan di mahkamah. Mula-mula Aidil Zafuan mempbuat permohonan cerai. Lepas tu Rita Rudaini pulak tak setuju permohonan cerai tu. 

Kemarin Aidil Zafuan dan batalkan permohonan cerai sebab pihak Rita tak setuju dengan beberapa alasan lain.

Tiga alasan Aidil batalkan permohonan cerai.

Aidil Zafuan buat pula tuntutan supaya Rita kembali taat kepadanya, dan kali ini Rita membalas keputusan  Aidil yang tak munasabah dan menegaskan dia tidak pernah nusyuz terhadap suaminya, yang lari dari rumah ialah Aidil sendiri.

Keputusan menarik balik permohonan cerai dan berbaik semula dengan Rita mendapat sokongan dari ibu Aidil Zafuan. Bagi pihak Rita Rudaini, dia sudah tawar hati dengan sikap Aidil yang baginya Aidil tidak tetap pendirian dan kebudak-budakkan.

Video kenyataan Rita dan Aidil

petikan dari utusan:

Ibu pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, Azizah Arshad, 59, menyokong tindakan anaknya menarik balik permohonan cerai terhadap isterinya iaitu pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Menurut Azizah, walaupun keputusan Aidil itu diambil tanpa melibatkan pandangan keluarganya, dia percaya keputusan anaknya itu merupakan pilihan tepat demi masa depan dua cucunya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna berusia sembilan bulan.

“Dia (Aidil) tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keputusannya itu. Segala tindakan yang diambil semuanya terpulang kepada dia. Saya sebagai ibu hanya mahukan yang terbaik untuk keluarga mereka,”

Aidil memfailkan permohonan cerai terhadap Rita pada 12 April lalu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Ibu Sokong Aidil Zafuan Berbaik Semula Dengan Rita Rudaini”

  1. Din says:

    berbaik semula lah elok..
    anak tu..bila dah besar susah pulak hidup diorang..

  2. cik tom says:

    mcm2 diorg ni..main tarik tali pun ada..pe pun doakan mereka berdua bahagia..
    cik tom recently posted..Buat Duit Dengan HzTours

  3. ProfHariz says:

    Kesian anak-anak. Jangan fikir diri sendiri je kan~
    ProfHariz recently posted..Luahan hati lelaki kacak

  4. syahrilhafiz says:

    huh konflik ni tak kan selesai kalau aidil perangai kebudak budakan LOL
    syahrilhafiz recently posted..Cara Mudah Pembayaran Bil Celcom Online

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold