Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012

Fenomena Gerhana Matahari separa hanya dapat dilihat di area Sabah, utara Serawak, dan di kawasan Semenanjung Malaysia tidak dapat melihat fenomena ni. Bagi negara lain seperti Amerika gerhana Matahari Separa ini boleh dilihat pada tarikh 20 Mei 2012.

Mungkin ada yang sudah dapat merakam kejadian Matahari Separa ini sebaik sahaja matahari terbit pada hari ini 21 Mei(Isnin) dan ia tamat pada 6.53 pagi.

Gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan sebaris dimana pada ketika itu bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi.

Amaran, adalah berbhaya jika kita melihat matahari dengan mata kasar, tanpa sebarang penapis suria, penggunaan cermin mata hitam juga tidak selamat dan kesannya dapat merosakkan mata.

Jika ada yang tak dapat melihat gerhama matahari separa nantikan pula gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 4 Jun 2012 ni.

contoh gambar gerhana Matahari Separa

dari petikan laman web angkasa.gov.my

Penduduk di seluruh Negeri Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada Isnin,21 Mei 2012. Ia akan dapat disaksikan sebaik sahaja Matahari terbit dan akan berakhir pada jam 6:50 pagi.  Gerhana Matahari berlaku apabila kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam keadaan selari dan Bulan akan melindungi permukaan Matahari.

Bagi penduduk di China, Taiwan, Jepun dan Barat Amerika Syarikat, mereka akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Annulus iaitu ia akan kelihatan berbentuk cincin. Walau bagaimanapun, penduduk di Semenanjung Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena ini. Gerhana Matahari seterusnya akan berlaku pada November 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012”

  1. APAN says:

    da lps rupanya…belah sabah sarawak je la dpt… :)
    APAN recently posted..Lagak Ngeri Garry Turner Meregangkan Kulitnya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold