Gerhana Matahari Cincin Berlaku 20 Mei Ini

Gerhana Matahari Cincin atau Anulus akan berlaku pada 20 Mei ini. Gerhana ini berlaku apabila bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej Matahari.

Dari petikan Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana Matahari  Cincin/Anulus berlaku apabila diameter ketara Bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari, menyebabkan

Matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya Matahari. Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana Matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

Fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun , dan bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat , dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Di Malaysia, hanya negeri -negeri yang berada di Malaysia Barat sahaja yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak akan dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini kerana ia dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit pada 21 Mei 2012.

Video Gerhana Matahari Cincin 2011

 

 Hadis nabi dan gerhana
Daripada al Mughirah b. Syu’bah RadhiAllahu ‘anhu beliau berkata: ” Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim ( anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:” Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya ( gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana.” – Muttafaq ‘alaihi.

 

Saya teringin nak lihat sama ada boleh tak telur berdiri semasa gerhana matahari cincin ini berlaku pada 20 mei nanti. Nak buat eksperimen sendiri la konon kononnya hehe..

Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.

“Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gerhana Matahari Cincin Berlaku 20 Mei Ini”

  1. akubiomed says:

    Satu lagi kejadian menunjukka kebesaran Allah SWT.

  2. ProfHariz says:

    Tak lama. Lagi 2 hari. Tak sabar nak tengok kebesaran Allah.

    SubhanaAllah.
    ProfHariz recently posted..Video Makna Bacaan Dalam Solat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold