Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku 4 Jun 2012

Dijangkakan pada 4hb Jun 2012 ni akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Fenomena ini bakal berlaku sekitar jam 6 petang hingga 8 malam dan jika cuaca baik, mungkin dapat melihat bulan terbit dalam keadaan separa.

Satu lagi tanda kekuasaan Allah yang maha hebat dan tentu ada yang tidak mahu melepaskan peluang ini untuk melihat kejadian gerhana bulan separa. Selalu pihak Agensi Angkasa Negara  atau ANGKASA akan menyediakan teleskop untuk orag awam melihat di lokasi strategik. Program ini mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Pada tahun lepas 2011, gerhana bulan separa berlaku pada 16 Jun selama kira-kira 6 jam.

Akan diupdate mengenai berita ini atau anda boleh layari di laman web ANGKASA  http://www.angkasa.gov.my

6 Jun  Kejadian Transit Planet Zuhrah

Satu lagi saya nak kongsi sini ialah kejadian transit planet Zuhrah, di mana planet Zuhrah menyeberangi cakera Matahari  dan keadaannya sama macam gerhana matahari tetapi saiz planet Zuhrah tu tak boleh nak tutup keseluruhan imej Matahari.

Apa yang mengkagumkan ialah akan dapat kita lihat satu titik hitam sedang melintas di hadapan matahari. Amaran, jangan mencuba melihat secara terus ke arah Matahari tanpa cara yang betul.

Fenomena ini jarang berlaku dan akan dilihat di sebahagian besar Asia Timur, Australia serat Alaska. Transit separa dapat dilihat di pada waktu matahari terbit di Eropah, Asia dan Afrika.Pada waktu matahari terbenam pulak ia dapat dilihat di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Fenomena transit planet Zuhrah akan dapat dilihat lagi pada tahun 2117.

Info lanjut mengenai fenomena transit planet Zuhrah boleh klik sini

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku 4 Jun 2012”

  1. akubiomed says:

    Boleh cuba snap gambar gerhana bulan separa nanti. Harapkan cuaca baik dan langit tidak berawan.
    akubiomed recently posted..Happy birthday to me!!!

  2. Menunggu waktu ia berlaku :) Subahanallah~
    Izzuddin Fauzi recently posted..Hadirnya Bulan Rejab Dan Kisahnya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold