Gambar Raja Nazrin Shah Sekeluarga

Sangat comel anak anak Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ni. Raja Nazrin dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim sekeluarga menjadi tumpuan semasa Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang ke- 84 di Istana Iskandariah semalam.

Lihatlah betapa comel putera dan puteri Raja Nazrin Shah, Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun dan Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan.

 

Raja Nazira sangat ceria apabila jurugambar merakamkan gambar baginda. Lain pula dengan kekanda Raja Azlan Muzaffar kelihatan malu malu. Raja Nazrin secara berseloroh memberitahu para jurugambar yang putera baginda  malu. :) Raja Azlan menutup muka  apabila jurugambar merakamkan gambar baginda.

Gambar Raja Nazrin Shah sekeluarga

 

Pasangan diraja ini disatukan sebagai suami isteri pada hari Khamis 17 Mei 2007 . Raja Nazrin Shah menamatkan zaman bujangnya ketika berusia 50 tahun.

Dalam Utusan Malaysia semalam, dipetik, pelakon Datuk Michelle Yeoh turut dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gambar Raja Nazrin Shah Sekeluarga”

  1. Norizwan says:

    anak ngan isteri dia comel….:)
    Norizwan recently posted..Bayi 18 bulan bermain ping pong

  2. akubiomed says:

    Bakal pewaris takhta kesultanan Perak.

  3. Schuey says:

    Saya berbangga menjadi anak Perak. Semoga anak Raja Nazrin terpelihara dari anasir2 jahat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold