(Gambar) Anang dan Ashanti Nikah Dengan Mas Kahwin Hanya RM4.18

Komposer dan penyanyi dair Indonesia Anang yang juga bekas suami kepada Krisdayanti kini sudah selamat bernikah dengan pasangannya Ashanti. Anang dengan sekali lafaz selamat diijabkabulkan di Masjid Albina Senayan pada hari Sabtu. Anang menyunting Ashanty sebagai isteri dengan hantaran persalinan sembahyang, dan dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512)-lambang hari jadi mereka.

Anang dan Ashanty berpakaian pengantin sedondon warna krim coklat dibawa dengan Jaguar warna hitam, turut sama ialah anak Anang dengan Krisdayanti iaitu Aurel dan Azriel.

Aurel membawa sebentuk cincin manakala Azriel membawa wang berjumlah Rp10 ribu, Rp2 ribu dan beberapa koin yang digunakan sebagai mas kawin.

Majlis pernikahan tersebut disaksikan keluarga kedua belah pihak dan resepsi pasangan mempelai ni dijangka diadakan pada 20 Mei ini, di Hotel Shangri-La.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold