Gaji Minimum Sektor Swasta RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawak & Labuan

Semalam sempenan Hari Buruh, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan berita baik buat pekerja di sektor swasta dengan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 bagi Semananjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan. MTUC menyambut baik berita tersebut, sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat pekerja di sektor swasta dan berharap perlaksanaan gaji minimum akan berjalan lancar tanpa masalah.Kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.

berita dari Bernama:

gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan,” katanya semasa berucap di majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di Putrajaya hari ini.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut esok dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

“Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

“Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan,” katanya.

Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

“Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing,” katanya.

“Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional,” katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

“Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.

Dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.

Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 September dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 September.

- Bernama

 

Perkara penting:

  • -gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
  • - Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • - Kerajaan sediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
  • -pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
  • -Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara

 

 

MTUC Sawarak tak puas hati gaji minimum RM800

Pengerusi MTUC Sarawak, Mohamad Ibrahim Hamid berkata, gaji minimum RM800 yang ditetapkan untuk pekerja di Sarawak, seperti yang disyorkan oleh upah Negara Perundingan Majlis, tidak adil kerana kos sara hidup adalah 15 hingga 25% lebih tinggi di negeri ini berbanding dengan Semenanjung .

“Sementara kakitangan kerajaan mempunyai elaun serantau, pekerja sektor swasta tidak lakukan. Walaupun pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan pembangunan pesat sejak merdeka, upah pekerja Sarawak masih rendah,”

MTUC Sarawak, yang percaya bahawa gaji minimum dan gaji yang lebih tinggi membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dan lebih banyak perniagaan bagi syarikat-syarikat, juga mengulangi panggilan untuk mengurangkan 200,000 pekerja asing di Sarawak dan 3.1 juta di Malaysia, kata Mohamad Ibrahim.

Beliau berkata angka menunjukkan bahawa lebih dua dekad yang lalu, kenaikan gaji sebanyak 2.9% adalah jauh ketinggalan peningkatan produktiviti sebanyak 4.5% di negeri ini.

sumber : Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Gaji Minimum Sektor Swasta RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah Sarawak & Labuan”

  1. Amirez says:

    dengar kata kat Selangor gaji minimum RM1,100. betul ke?
    Amirez recently posted..Lelaki Kacak Yang Beriman

  2. akubiomed says:

    Harap gaji minimum untuk seluruh Malaysia di selaraskan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Kerumun

  3. donnyien says:

    good news ni.tapi kenapa bila dekat2 PRU je semua naik..
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Having Some Fun @ The Curve

  4. ohcikgu says:

    hoho..biasalah. nak dekat piliharan raya..
    ohcikgu recently posted..Panduan Kurangkan 5KG dalam 5 minggu – Kevin Zahri

  5. Juan says:

    best best, tp benar juga kata kata oleh MTUC Sarawak tu
    Juan recently posted..Pengumuman dan Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta 2012

    • shraqs says:

      Kos makan minum taklah tinggi sangat di Sarawak. Kalau kos macam harga rumah apa semua tu memang tinggi. Seingat aku, dlm tahun 2005 ada ikut kawan ke Sarawak beli rumah double storey di area Matang, harganya dlm RM470K++. Itu tahun 2005, sekarang aku tak taula berapa dah. Katanya harga mahal sebab kos penghantaran bahan mentah dr Semenanjung.
      shraqs recently posted..Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme Percuma

  6. cik tom says:

    nak dekat pilihanraya semua bagus2..heee…bagus utk pekerja maybe pening bagi majikan..
    cik tom recently posted..Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUM

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold