Forum Hijrahku Barisan Panel Diana Amir, Farah Asyikin dan Sham Kamikaze

Bertempat di Masjid Shah Alam, satu program istimewa diadakan dengan menjemput 3 orang artis yang tidak asing lagi, ketiga-tiga mereka ialah Diana Amir, Farah Asyikin dan pemain gitar Sham Kamikaze. Di dalam forum yang dengan tema ‘Hijrahku’, barisan panel berkongsi cerita dan pengalaman dengan para hadirin.

petikan dari gua.com.my

Sham Kamikaze yang memulakan sesi perbualan secara santai ini telah berkongsi bagaimana beliau mula-mula berhijrah. Melihatkan perubahan seorang rakan yang rapat dengan beliau, Sham mula sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Mengakui budaya hedonisme yakni hiburan melampau telah menjadi gaya hidup zaman ini, Sham menganggap itu semua sebagai fitrah manusia yang harus kita tempuhi.

“Dalam konsep hijrah ini, fizikal perlu selari dengan rohani. Tidak boleh hanya berlandas kepada satu aspek semata-mata. Jika seorang lelaki yang memakai anting-anting berkata mahu bertaubat, maka anting-anting tersebut perlu untuk beliau tanggalkan kerana hijrah bukan sekadar kata-kata di mulut sahaja. Ia melibatkan niat juga perbuatan.

“Saya gembira ramai orang yang berpengaruh diberi hidayah dari Allah dan semua ini merupakan satu petanda baik,” tambah Sham lagi.

Diana Amir pula berpendapat kekuatan sebenar seorang umat Islam itu terletak pada solatnya. Menurut Diana, adalah penting untuk seorang umat Islam menjaga solat kerana dengan cara itulah kita dapat menzahirkan keinsafan dan seterusnya menjadi pendorong untuk kita berubah.

“Saya masih ingat akan kata-kata Kak Wardina Saffiyah, kita jangan sombong dengan Allah. Kita kena sentiasa bersyukur dan ingat akan Dia sebab Dialah yang bagi rezeki pada kita. Kalau kita tak ingat dia, bagaimana rezeki yang kita dapat nak berkat,” ujar Diana.

Farah pula melihat penghijrahannya sebagai satu nikmat yang cukup berharga. Merupakan penampilan pertamanya berucap mengenai perkara ini di khalayak ramai, dia mengakui berasa lebih tenang selepas mengenakan hijab. Farah turut menjelaskan baru sekarang dia faham akan konsep redha yang sebenar.

“Dahulu bila kita cakap, kita redha semuanya hanya di mulut. Tak pernah faham apa itu redha. Alhamdulillah, sekarang Farah sudah faham bagaimana redha itu dan Farah gembira dengan perubahan Farah. Keluarga Farah pun menerima baik perkara ini,” ujar penyanyi ‘Seribu Penipuan’ ini.

Forum tersebut diadakan bersempena Karnival Komunikasi Antarapersonal Dalam Perspektif Islam anjuran pelajar semester 5, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Antarapersonal, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Karnival selama dua hari bermula 26 Mei itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas peserta Imam Muda, pameran serta kuliah agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

 

Alhamdulillah ketiga-tiga mereka berhijrah ke jalan yang diredhai Allah. Ketiga mereka bukan hijrah untuk diri mereka saja bahkan berdakwah dan berkongsi pengalaman dengan orang ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Forum Hijrahku Barisan Panel Diana Amir, Farah Asyikin dan Sham Kamikaze”

  1. yas says:

    Alhamdulillah…sesuatu yg baik dikongsi oleh rakan2 artis nih.
    yas recently posted..Pentingnya Backlink Dalam Blogging

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold