Filem Mantera dan Mobile Game Mantera

Lama betul nak tunggu filem Mantera lakonan Tomok dan Shiqin Kamal ni, sudah lama diperam dekat 2 tahun kot baru lah filem Mantera ni nak ditayangkan pada 17 Mei ni. Tayangan perdana sudah dibuat di GSC, hanya penonton yang sudah melihat filem Sci Fi ni saja dapat memberi penilaian dan komen sama ada filem ni ok ke tak.

Pelakon utama atau hero ialah Tomok sebagai Azman, dan pelakon baru Shiqin Kamal sebagai Deena. Dulu nak ambil Lisa Surihani tapi tak jadi diganti dengan Shiqin yang pernah berlakon Lagenda Budak Setan.

Kenapa lama sangat baru nak ditayangkan ye? sudah pasti  mereka nak filem ni memberi hasil yang bermutu sebab filem ni banyak guna cgi, penjanaan 3D dan kesan grafik khas ala ala filem Transformers tu.

 

Kos pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak RM 8.5 juta. Selain pelakon dari Malaysia, ada juga melibatkan pelakon dari Russia.

Mantera juga menyediakan sebuah game khas adaptasi dari filem ini, dibuat oleh tenaga muda Malaysia. Kabarnya sedang menanti diluluskan oleh pihak Apple untuk mobile game. Tahniah Malaysia.

 

Trailer Mantera

Jalan cerita Mantera

Mantera mengisahkan pergolakan di antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir, iaitu “Alliance of Light” dan “Dark Legions”.

Kumpulan Dark Legions melalui syarikat pemukanya Weston Tech telah membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera yang merupakan sistem motosikal dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik.

Walaubagaimanapun, ketua perekacipta Mantera iaitu Dr. Natasya yang menyedari niat jahat ketuanya telah mensabotaj dan memusnahkan sistem Mantera sebelum menghilangkan diri dengan pelan skematik dan “blue print” Mantera.

 

Moscow, Russia

Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.

Kuala Lumpur, Malaysia

Azman(lakonan Tomok) , atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.

Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama.

Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena(lakonan Shiqin Kamal). Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.

Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya.

Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal.

Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.

Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini.

Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.

 

Lagu OST filem Mantera – Lara oleh Wangi Julianda


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Filem Mantera dan Mobile Game Mantera”

  1. akubiomed says:

    Menonton previu filem ini macam menarik.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Bulan penuh

  2. APAN says:

    ada perasan poster mantera ni kat GSC. bila nampak tomok, pastu ada robot, mcm x caya ada filem ni. mula2 nak terus kata fail. tpi lps tengok trailer dlm ni, mcm boleh tahan. trailer la…movie xtau mcm mana. haha…
    APAN recently posted..Solat Berjemaah Dalam Air

  3. kz says:

    klo penguna maxis mest tau cita ni sbb maxis da bawa kuar Wap Game Mantera ni, lwn untk dptkn duit n naik lvl n wat job untk naik lvl, job dia sma mcm dlm sinopsis cita ni, aq ada main, mmg best kareter dlm game 2 sma mcm dlm cita ni, klo nax tau best ke x cita ni, try la cri dkl laman wap maxis, seminggu rm2, bleh chat. robot dlm game 2 pon sma gak mcm dlm cita ni, cma nma robot ja yg lain, tp cma ada 3 jns robot sjaa, dn bley bli item, setiap robot ada lvl, nax cerita mmg pnjg, nax tau try la msk wap maxis ^^..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold