Fasha Sandha Sudah Hamil 2 Minggu

Pasangan pengantin Fasha Sandha dan Jejai yang baru pulang berbulan madu dari Pulau Redang sudah disahkan telah hamil hampir 2 minggu. Pengurusnya Nik Yasmin memberitahu media hiburan di twitter yang Fasha lewat datang bulan dan telah membuat pemeriksaan di klinik dan mendapati dia hamil 2 minggu.

Wah!! ini dikatakan bunting pelamin, baru pulang berbulan madu terus dan dapat berita gembira ye. Tahniah buat Fasha dan Jejai.

kata pengurus Fasha,

“Akibat lewat datang bulan, Fasha telah melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa Fasha kini hamil dua minggu. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat,”

tak lama lagi Fasha akan bergelar ibu lah :)

Fasha Sandha berkongsi berita gembira di twitternya dengan rakan dan peminat, siap upload gambar pregnant test lagi.. :) dan fasha juga bersyukur kepada Allah kerana doa dia dan Jejai dimakbulkan pada kali pertama sembahyang berjemaah sebagai suami isteri…

Fasha twit,

 ”Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami ber2 dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin”

Jejai berpesan kat Fasha jangan selalu main kucing dan jaga kesihatan..

bulu kucing tak bagus ye

 

p/s: artis Eira Syazira pun dah hamil juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Fasha Sandha Sudah Hamil 2 Minggu”

  1. akubiomed says:

    Bunting pelamin. Tanniahlah. Pada awal mengandung ini tidak boleh buat kerja berat-berat.
    akubiomed recently posted..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold