Fasha Sandha Sedih Berita Dia Hamil Difitnah &Dipertikaikan

Fasha Sandha yang baru saja mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram telah berkongsi berita kehamilannya di twitter dengan rasa syukur dan gembira. Namun, ada pihak yang mempertikaikan berita dia mengandung atau bunting pelamin.

Pelbagai tohmahan dan ada yang sanggup menuduh Fasha dan Jejai sudah pun berkahwin di luar negara sebelum itu. Jika membaca di facebook dan forum hiburan, ada yang menuduh pasangan ini lebih dari itu.

Ada yang bagi pendapat umpama doktor sakit puan siap cerita putaran haid dan tempoh matang lah bagai..kalah doktor pakar le..haha!!

Emm dapat dosa kering la duk buat cerita yang korang tak tahu pun. Sudah sudah sebar fitnah dan aibkan orang, walaupun tak suka dia dan tak minat dia sekalipun.

Fasha dan suaminya Jejai tidak akan teragak-agak untuk saman penyebar fitnah

Dalam utusan hari ini, Fasha sedih orang sibuk memperkatakan tentang kehamilannya biarpun dia sudah berumahtangga.

Fasha, 28, yang mengesahkan dia ‘bunting pelamin’ baru-baru ini memberitahu, dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke atasnya.

“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?

“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.

“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,”

Fasha kongsi cerita dia hamil di twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Fasha Sandha Sedih Berita Dia Hamil Difitnah &Dipertikaikan”

  1. Din says:

    hamil terlalu cepat..sebab tu ramai yang tak percaya..
    tapi tu hanya rezeki Allah

  2. akubiomed says:

    Ingatkan sudah berkahwin akan hidup aman lain jadinya. Pada saat awal mengandung amat kritikal kerana janin belum lagi kuat melekat di dinding rahim tekanan boleh memberi risiko kepada kandungan. Adakah bahagia melihat kehidupan orang lain musnah, :-(

  3. APAN says:

    apapun kisahnya, aku tetap x suka dia. hehe…
    APAN recently posted..Gambar Kemalangan Mitsubishi Lancer Di LPT Dan Bayi Yang Terselamat

  4. cik tom says:

    ciktom xsuka fasha..tp xnak la fitnah2..kita xtau kesahihan sbnr..xbaik gosip2 ni..
    cik tom recently posted..Tips Panduan Persiapan Perkahwinan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold