Fasha Sandha Sanggup Makan Kuih Di Lantai Demi Seindah Sakura

Slot Akasia Seindah Sakura petang ni bermula jam 7 malam dengan 24 episod menampilkan pelakon Fasha Sandha (pengantin baru ni) dengan Fahrin Ahmad. Sudah ada promo kat tv3, dan ada satu lagi yang menarik mengenai babak di dalam Seindah Sakura, yang mana Fasha menjadi Shakira pelajar sekolah yang miskin sanggup makan kuih yang jatuh di lantai dan juga dalam tong sampah.

Fasha Sandha mengulas watak dan babak itu, yang tidak menggunakan kamera trick tetapi benar benar dilakukan oleh Fasha demi memberi babak yang real dan menghayati watak. Tu diaa!! payah nak dapat pelakon yang betul betul menghayati watak sampai macam ni sekali ye.

Pengarah Seindah Sakura iaitu Zul Huzaimy tidak memaksa Fasha untuk makan kuih di lantai tu tetapi kehendak Fasha sendiri untuk berbuat demikian itu ulasan Fasha mengenai babak berkenaan.

“Sebenarnya En. Zul (Zulhuzaimy) tidak pernah menyuruh saya makan kuih yang dikutip dalam tong sampah dan di atas lantai itu. Dia hanya minta saya gigit sedikit. Tapi, saya rasa kalau buat macam itu, nampak macam tidak semulajadi. Sebab itu saya terus makan sehingga habis. Memanglah kotor, tetapi saya tidak kisah asalkan adegan itu boleh memberi impak kepada lakonan saya. Saya mahu penonton puas hati,”

 

Gambar babak Fasha mengutip kuih di lantai dan makan kuih tu

Pengarah dan pelakon Zul Huzaimy pula memuji lakonan Fasha Sandha dan berpendapat dia adalah pelakon yang bijak membuatkan penonton sentiasa ternanti-nanti kemunculannya di kaca tv.

Kiranya Fasha ni tak selalu keluar kat tv lah, kalau dia keluar selalu orang jemu pulak, lepas Cinta Elysa dengan Johan tu, baru Fasha muncul dengan Seindah Sakura..ada nilai eksklusif juga lah kat situ.

Antara pelakon yang jarang keluar tv untuk drama/telemovie  macam Maya Karin, dia cuma dalam filem je..nanti lama mungkin dia akan jadi macam Erra Fazira dah habis di filem/pawagam baru dia muncul kerap di tv kot :)

Antara pelakon lain dalam Seindah Sakura ialah Sherry Merlis, dan Wan Sharmila.

Sinopsis Seindah Sakura kat sini.

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Fasha Sandha Sanggup Makan Kuih Di Lantai Demi Seindah Sakura”

  1. akubiomed says:

    Rasanya tidak ada masalah. Dahulu kalau karipap tergolek atas lantai pun akan makan tetapi bersihkan terlebih dahulu kerana bukan ada duit pun hendak beli karipap kerana dari sejak sekolah ibu saya bekalkan roti dan air ke sekolah.
    akubiomed recently posted..Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar

  2. deq sue says:

    hee hee… aku boleh jd pelakon ar mcm nie.. bukan sanggup lagi dh, mesti! kutip dan makan sbb xmo bazir.. bazirkan amalan syaitan..

  3. Norizwan says:

    sama la…zaman sekolah dulu pun camtu gak…selalu beli kuih karipap ngan donut…jatuh boleh amik…tiup kit, leh jer makan…dulu berapa sen jer belanja makan, mana ada duit…
    Norizwan recently posted..GPS terbakar di dalam kereta.

  4. hatiputera says:

    tak kisahla,,dulu masa sekolah pun saya selalu ambik makanan kat lantai,,hehehe
    hatiputera recently posted..LELAKI KACAK UPDATE SPONSOR

  5. chii says:

    heheh…kalau kuih2..rasanya xde masalah nak kutip semula. lain la kalau mee,nasi atau mknan yg kecik2..mmg rezeki semut je la gamaknya =)
    chii recently posted..Wordless Wednesday #22 – Pak Andam

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold