Farah Asyikin Nampak Gambaran Seksaan Neraka

Jika pelakon Yatt Hamzah berhijrah kerana nampak wanita dibakar dan dipanggang kerana membuka aurat, tidak jauh bezanya dengan kisah penyanyi Farah Asyikin yang juga sudah berhijrah dan bertaubat serta bertudung, Farah Asyikin berkongsi cerita bagaimana dia nampak gambaran seksaan di neraka.

 

Farah berkongsi cerita dia terbuka hati untuk berhijrah dalam sebuah program bertajuk program Hijrahku’ di Masjid Negeri Shah Alam , baru baru ini.Turut hadir di majlis forum itu ialah Diana Amir.

Mengenangkan dosa dosa lampau dan takut azab Allah, Farah Asyikin nekad untuk bertudung selepas solat taubat pada 12 Februari lalu di bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Farah asyikin takut azab Allah

“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat

“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,”

 

Farah Asyikin tidak akan lupakan gambaran seksaan itu sampai bila bila.

“Masa itu Farah dapat tengok semua dosa-dosa yang pernah Farah lakukan tapi keadaannya hanya Allah sahaja yang tahu. Farah nekad untuk berubah sebab Farah yakin sudah sampai masanya untuk Farah berbuat demikian. Alhamdulillah, mak dengan ayah serta ahli keluarga lain pun sangat gembira dengan keputusan Farah. Lebih manis lagi esoknya adik perempuan Farah yang bongsu pun turut mula memakai tudung.

Farah anggap itu antara nikmat paling besar dalam hidup Farah. Sebelum itu, dugaan demi dugaan datang tapi Alhamdulillah selepas Farah berhijrah, Tuhan murahkan rezeki dan beri ketenangan dalam diri Farah,” ujar Farah yang tidak dapat menahan sebaknya sehingga menitiskan air mata.

“Sampai sekarang bila Farah ingat balik gambaran seksaan itu, Farah rasa takut sangat-sangat dan Farah harap semoga rasa insaf dan takut ini Farah akan ingat sampai akhir hayat Farah. Farah akui, lepas Farah pakai tudung ni, ada kawan yang mula menjauhkan diri dari Farah. Farah anggap itu semua dugaan untuk Farah.”

Artikel berkaitan

Gambar dan liputan program Hijrahku di Masjid Shah Alam

Kini Farah Asyikin menjadi guru di sebuah sekolah

Artikel lain Farah bertudung lepas solat taubat

 Yatt nampak wanita dipanggang dan diseksa kerana tak tutup aurat

Farah Asyikin bersarung tangan

“Ada sebab mengapa Farah memakai sarung tangan. Sebagai seorang wanita Islam, Farah harus menjaga batas-batas aurat Farah terutamanya bila ingin bersalam-salaman dengan yang bukan muhrim. Jadi, Farah pakai sarung tangan untuk mengelakkan isu-isu sensitif sebegini berlaku.”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Farah Asyikin Nampak Gambaran Seksaan Neraka”

  1. hafizmd says:

    Subhanallah. Hidayah milik Allah. Moga kita juga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah jua. Sama2 kta berusaha utk berubah lebih baik…ameen
    hafizmd recently posted..Dia Mesti Wangi?

  2. suri says:

    sejuk hati melihat dia bgtu..sy nak pakai sarung tangan tpi kedaan tak iznkan lagipun sini keje tka jumpa org sgt hee
    suri recently posted..Bila Burung Cip..Cip Datang..

  3. Zida says:

    Ya Allah subhanallah walhamdulillah.

    Terharunya bila baca, syukur sangat dah ramai artis yag berhijrah. Tapi bila fikir balik, semakin ramai yang dapat mimpi-mimpi macam ni. Allah nak bagi petanda apa ye?

    Harap kita yang dah lama sedar tentang benda2 ni akan terus kekal diberi hidayah dan harap tak ditarik.
    Zida recently posted..Kekuatan.

  4. nurmisnan says:

    Alhamdulillah3… semoga kita yang menutup aurat lebih memahami
    akan aurat2 yg perlu kita tutup dengan sempurna.. Gembira bila
    melihat perubahan seperti ini..
    nurmisnan recently posted..Teh Pasli dapat membersihkan buah pinggang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold