Buku Irshad Manji Diharamkan Kerana Menyalahi Syariah

Buku tulisan Irshad Manji bertajuk Allah, Liberty & Love serta versi terjemahan bahasa Melayu, Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan oleh pihak KDN. Keputusan mengharamkan buku ini berdasarkan laporan JAKIM yang buku ini mengandungi unsur yang boleh mengelirukan orang awam serta menyalahi syariah yang ditetapkan al-Quran dan hadis.

Memang tak dikenali nama Irshad manji ni, mungkin golongan yang sama fahaman songsang dengan dia saja kenal Irshad ni, fahaman gay lesbian yang cuba dibawa masuk dan cuba untuk memperlihatkan yang manusia semua ada hak nak jadi gay atau lesbian. Nauzubillah.

Memang tepat tindakan KDN untuk megharamkan buku yang songsang dan penulis dilihat hanya menggunakan logik akal semata-mata.

Irshad Manji ialah seorang berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). dilahirkan di  Uganda pada tahun 1968. Dia secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Dia juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai.

Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam.

Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

sumber : Utusan Malaysia

petikan dari Berita Harian pula mengenai pengharaman buku ini,

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kandungan buku tulisan Irshad Manji itu juga boleh menggemparkan fikiran orang ramai serta memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, manakala perintah larangan dibuat berdasarkan Seksyen 7 Subseksyen 1 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Antara unsur mengelirukan dan menyalahi syariah adalah:

•Perkahwinan campur antara Islam dan bukan Islam sebagai sesuatu yang harus yang boleh menjurus kepada pluralisme;

•Penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang boleh mencemar kesucian Islam;

•Mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampur-aduk nilai akidah dan

•Solat fardu lima waktu boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa serta dilakukan lebih lima kali sehari.

Abu Seman berkata, ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam mengenai solat, selain mendorong pemikiran kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan menolak konsep ijmak yang dikhuatiri menggalakkan interpretasi hukum agama yang tidak berpegang kepada nas al-Quran dan hadis.

Berita Harian semalam melaporkan JAKIM memutuskan buku itu bertentangan dengan ajaran Islam. Berikutan itu, JAKIM mengemukakan perakuan kepada KDN meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh buku berkenaan termasuk tiga versi bahasa Inggeris dan empat versi bahasa Melayu di sebuah kedai buku di ibu negara.

Sementara itu, penerbit buku dalam versi Bahasa Melayu, ZI Publications Sdn Bhd mempertikaikan rampasan buku oleh JAWI yang didakwa dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Ezra Zaid, berkata pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman untuk semakan kehakiman terhadap JAWI, selain tuntutan ganti rugi.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad, berkata JAWI mempunyai kuasa merampas buku itu yang dijual di sekitar Kuala Lumpur mengikut Sekyen 13, Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang melarang mana-mana pihak mencetak, menyiar, menerbit, merakam dan mengedar buku berkenaan selepas didapati bertentangan dengan syarak.

 

Ingatlah hukum Allah Yang Maha Besar ke atas golongan yang melampaui batas

“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Amalan songsang seks sejenis ini telah menyebabkan Allah menghancurkan kaum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

One Response to “Buku Irshad Manji Diharamkan Kerana Menyalahi Syariah”

  1. shraqs says:

    Memang patut pun diharamkan. Mencemarkan agama Islam je.
    shraqs recently posted..Google Memberikan Sitelinks Untuk MobilityWorlds

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold