Bob Kuman Meninggal Dunia

Al fatihah kepada Allahyarham Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi yang telah meninggal dunia kira-kira jam 4.38 petang tadi. Sangat terkejut membaca berita kematian pelawak Bob Kuman dalam mstar online malam ni. Sedih juga sebelum ni ada orang menyebarkan kabar angin mengenai kematian beliau sedangkan benda tu palsu dan fitnah.

 

Kematian allahyarham Bob Kuman telah disahkan oleh 2 orang pegawai perubatan, daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang. Menurut Mazidul Akman Sidek yang juga jiran Bob, sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara Mazidul yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia. Menurut Mazidul lagi Bob kuman mengalami kompilasi jantung, darah tinggi dan paru paru berair.

Kata Mazidul lagi..

“Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya”.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

“InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat),” katanya.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu. Bob meninggal dunia disisi isterinya.

 

sumber : mstar online

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bob Kuman Meninggal Dunia”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold